kerajaan melayu awal

  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • KERAJAAN MELAYU AWAL
  • SEJARAH TAHUN 4
  • WARISAN NEGARA SAYA
  • Sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud beberapa kerajaan Melayu Awal. Kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang terletak di persisiran pantai ini dikenali sebagai kerajaan maritim. Kerajaan-kerajaan tersebut wujud pada masa yang berbeza. Kerajaan-kerajaan awal ini merupakan pusat perdagangan yang maju pada zamannya.
  • NAMA KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL DAN LOKASINYA
  • *KERAJAAN KEDAH TUA Wujud pada abad ke-5 Masihi. Kerajaan ini terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai menjadi panduan utama kepada pedagang untuk singgah di Kedah Tua. Kedah tua juga merupakan pengeluar padi yang merupakan barang dagangan utama. *CHIH-TU Diasaskan oleh Raja Gautama pada abad ke-6 Masihi. Kerajaan ini terletak berhampiran Sungai Kelantan. Menurut sumebr China, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan yang erat dengan China.
  • NAMA KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL DAN LOKASINYA
  • *SANTUBONG Merupakan sebuah kerajaan kecil di Sungai Sarawak yang wujud sekitar abad ke-7 Masihi. Santubong terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi. Santubong juga merupakan tempat peleburan bijih besi. Ramai pedagang singgah di Santubong sehingga berkembang menjadi pelabuhan. *BERUAS Wujud sekitar abad ke-15 Masihi selepas kemerosotan Gangga Negara. Kerajaan Beruas terletak di Sungai Dinding. Beruas mendapat nama daripada pokok Beruas. Sangat terkenal sebagai kawasan penanaman padi.
  • NAMA KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL DAN LOKASINYA
  • *GANGGA NEGARA Terletak berhampiran Sungai Dinding. Menurut sejarah Melayu, Gangga Negara dikatakan wujud sekitar abad ke-11 Masihi. Keluasan Gangga Negara meliputi kawasan Beruas dan Dinding di Perak. Gangga Negara juga terkenal sebagai kawasan penanaman padi. *TEMASIK Menurut Sejarah Melayu, Temasik diasaskan oleh Sang Nila Utama pada abad ke-14 Masihi. Sang Nila Utama merupakan seorang Putera dari Palembang. Temasik terletak di muara Sungai Singapura. Terkenal sebagai pelabuhan dan kawasan kegiatan perikanan.
  • KEDUDUKAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL DI ASIA TENGGARA
  • *Terdapat lapan (8) arah mata angin yang utama iaitu Utara, Timur Laut, Timur, Tenggara, Selatan, Barat Daya, Barat, dan Barat Laut. *LAUT - Lautan Hindi, Laut Andaman, Laut Jawa, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi. *SELAT - Selat Melaka, Selat Sunda, Selat Makasar. *TELUK - Teluk Pegu, Teluk Teluk Siam. *PULAU - Pulau Sumatera, Pulau Temasik, Pulau Jawa, Pulau Borneo, Pulau Sulawesi, Pulau Palawan, Pulau Mindanao, Pulau Visayas, Pulau Luzon.
Just Created with Storyboard That
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class – Search for School-Safe, Creative Commons Photos (It Even Cites for You!)
Quick Rubric – Easily Make and Share Great-Looking Rubrics