KEPIMPINAN MELALUI TELADAN 2

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN 2
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • Selama dia di sana, setiap malam Kertala Sari akan mencerobohi dan mencuri semua harta saudagar- saudagar dan orang - orang yang kaya di situ sehingga mereka menjadi amat miskin. Bukan itu sahaja, dia juga telah mencabuli isteri - isteri mereka . 
  • Raja Melaka yang risau dengan keamanan negerinya segera menitahkan Temenggung untuk memperketatkan kawalan keselamatan. Tetapi, dengan kuasa ilmu sakti si Kertala Sari, dia dapat menundukkan para pengawal itu dengan mudahnya sehinggalah rumah Bendahara pula yang dimasuki pencuri dan Laksamana mendapat petunjuk tentang pencuri yang sebenar. Lalu, Laksamana meminta kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri tersebut. 
  • Laksamana telah berjaya membunuh Kertala Sari di tengah - tengah pasar. Sebagai bukti pembunuhannya, dia telah mengambil kerisnya dan memotong syahwatnya kerana Kertala Sari merupakan seorang yang sangat ditakuti sehinggakan ada yang takut untuk memandangnya. Jadi kedua - dua barang tersebut merupakan bukti yang paling kukuh tentang pembunuhannya. 
  • Ramai yang datang menghadap Raja dengan membawa anggota badan Kertala Sari yang dikerat, tetapi bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari merupakan bukti yang paling kukuh buat baginda untuk percayai
  • Segala hasil curian Kertala Sari dijumpai di Bukit Cina. Setelah itu, Raja Melaka mengagihkan harta - harta tersebut kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian untuk Laksamana dan satu bahagian lagi diserahkan semula kepada pemilik asal harta berkenaan. 
  • Setelah berita tentang kematian Kertala Sari disampaikan kepada Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit, mereka tidak berpuas hati dan berusaha sedaya upaya untuk mencari hulubalang demi menumpaskan Laksamana dan negeri Melaka itu. 
More Storyboards By putrifairy
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class – Search for School-Safe, Creative Commons Photos (It Even Cites for You!)
Quick Rubric – Easily Make and Share Great-Looking Rubrics
abcBABYart – Create Custom Nursery Art