Tanpa Syarat

  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

Ini kisah benar Lee Nean Hua.

Storyboard Text

  • Hari itu hari terakhir peperiksaan SPM.
  • ...dalam renyai-renyai hujan yang kemudiannya melebat.
  • Saya berjalan balik ke rumah pangsa, tanpa payung...
  • 
  • Seorang makcik yang tinggal berdekatan berlari mendekati saya. Dia hampir tergelincir terpijak lopak air. Dalam kebisingan rintikan air hujan, saya tidak berapa dengar apa yang dia bebelkan. 
  • Sedar tidak sedar, badan saya sudah ditariknya ke bawah kelopak payung.
  • Mata saya bertakung air.
  • Kami berjalan bersama-sama, kira-kira 3 minit. Buat seketika, saya terkenangkan ibu yang berada di Amerika Syarikat pada masa itu.
  • Makcik tinggalkan saya di atas anak tangga masuk rumah pangsa. Saya mengucapkan terima kasih, dengan bibir yang menggeletar kesejukan. Makcik sekadar mengangguk dan berpaling membelakangi saya, sebelum melangkah pergi.
  • Dalam keadaaan basah kuyup, saya memerhatikan bahagian belakang makcik dengan rasa terharu. Saya tidak kenal siapa makcik itu. Juga tidak pasti di mana dia tinggal.
  • Bantuannya ikhlas, dan saya benar-benar rasa kasih sayang dari hatinya. Ia sayang tanpa syarat, yang tidak mengharapkan sebarang bentuk balasan.
  • Di atas anak tangga itu, tatkala kilat sabung-menyabung, saya berjanji dengan diri sendiri untuk rajin belajar sehingga menjadi seorang doktor. Saya mahu membalas budi baik makcik dengan membantu seramai orang yang mungkin, tanpa syarat, seperti makcik.
More Storyboards By tungwc
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class – Search for School-Safe, Creative Commons Photos (It Even Cites for You!)
Quick Rubric – Easily Make and Share Great-Looking Rubrics
abcBABYart – Create Custom Nursery Art