Fiza, jom keluar..Aku teringinla nak makan mee goreng..aku kan tengah mengandung ni...
Alamak..kalau kena tangkap keluar tanpa kebenaran ni, nanti kena RTU.
Kalau tolak ajakan dia ni, nanti dia kecik hati.kesian pulak dekat dia dan anak dalam perut tu...
Okay la
Aku OK ja nak keluar. Tapi jom kita minta kebenaran PL dulu.
Semasa mengikuti Diploma Pentadbiran Awam (DPA) selama 6 bulan, semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan INTURA tanpa kebenaran Pegawai Latihan (PL). Satu hari rakan sebilik yang sedang mengandung, teringin makan mee gorang. Beliau telah mengajak saya untuk keluar tanpa kebenaran memandangkan saya membawa kenderaaan ke sana.
Saya tidak berani untuk melanggar peraturan kerana jika didapati bersalah, pegawai akan diarahkan Return to Unit (RTU)/ pulang ke JPA dan tidak akan disahkan dalam perkhidmatan dan perlu mengulang semula program DPA.
Selepas berfikir akan kesan yang mungkin dihadapi oleh kami berdua, saya mengambil keputusan untuk meminta kebenaran keluar daripada PL. Jika tidak mendapat kebenaran, saya akan meminjamkan kenderaan saya kepada kawan saya, dan saya maklumkan risiko perlu ditanggung sendiri. Alhamdulillah, PL memberi kebenaran keluar kepada kami berdua. Kami terus ambil order dari kawan-kawan lain juga.
Vytvořeno přes 40 milionů storyboardů
K Vyzkoušení Není Potřeba Žádné Stahování, Žádná Kreditní Karta a Žádné Přihlášení!