HatiHati Memilih Kawan

Erstellen Sie ein Storyboard
Kopieren Sie dieses Storyboard
HatiHati Memilih Kawan
Storyboard That

Erstellen Sie Ihr eigenes Storyboard

Probieren Sie es kostenlos aus!

Erstellen Sie Ihr eigenes Storyboard

Probieren Sie es kostenlos aus!

Storyboard-Text

  • Hadi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM. Dia seorang murid yang pendiam tetapi pintar dalam pelajaran di sekolahnya. Hadi ialah anak tunggal dalam sebuah keluarga yang sederhana. Dia sering ditinggalkan bersendirian kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan di luar. Dunianya cuma di rumah, bertemankan buku-buku dan bermain komputer. Sesekali, dia bermain basikal di kawasan rumahnya. Hadi senang dengan kehidupan sedemikian.
  • Pada suatu hari,ibu bapa Hadi tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri. Kawan sekolah Hadi bernama Karim datang mengajaknya keluar berjalan-jalan tetapi Hadi menolak pelawaan tersebut. Karim terus memujuk Hadi.
  • Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya Hadi bersetuju untuk keluar mengikut Karim berjalan-jalan. Setiba sahaja mereka di persimpangan jalan, Karim mengajak Hadi untuk melepak bersama kawan-kawannya yang telah sedia menunggu di situ.
  • Sebenarnya, Karim dan kawan-kawannya mempunyai niat jahat terhadap Hadi. Minuman yang disediakan untuk Hadi telah dicampurkan dengan sejenis dadah berbahaya yang dicuri daripada abang Karim yang sememangnya seorang penagih dadah. Tanpa mengetahui niat sebenar Karim, Hadi terus meneguk minuman tersebut.
  • Tidak lama selepas itu, Hadi mula berkhayal dan meracau-racau. Dengan tidak disangka-sangka,2 orang anggota polis melalui simpang tersebut. Karim dan rakan-rakannya lari bertempiaran menyelamatkan diri, meninggalkan Hadi sendirian. Apabila melihat keadaan Hadi yang mencurigakan. Hadi yang sedang khayal ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
  • Pihak polis mendapati bahawa Hadi telah dianiayai oleh rakan-rakannya. Hadi dibebaskan dengan syarat dia diletakkan di bawah pengawasan ibu bapanya.Hadi berasa amat kesal kerana terpengaruh dengan ajakan Karim. Namun, ibu bapa Hadi tetap memberikan sokongan kepadanya dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya
Über 30 Millionen erstellte Storyboards