Babak 1 : Dua orang gadis sedang berbual di dalam bilik.
Saya berasa sukar untuk tidur pada setiap malam.
Kamu tidak perlu terlalu memikirkan masalah kamu.
Babak 2 : Suasana ketika seorang gadis terkena 'social anxiety' di khalayak ramai.
Tolonglah, tolong aku nak balik ! jauh dari aku ! Tolong, aku nak balik!
Kau kenapa tiba-tiba menangis? Buat malu aku je.
Babak 3 : Seorang gadis sedang duduk bersendirian dan bermonolog sendiri.
Aku ni tak cukup baik lagi ke untuk semua orang? Orang malu ke nak kawan dengan aku?
Gadis tersebut menceritakan bahawa dia sukar untuk tidur kerana fikirannya terus memaksa dia untuk memikirkan tentang masalahnya. Seseorang yang mengalami anxiety akan sentiasa berasa risau dan cemas pada setiap masa sekiranya masalah yang dihadapi belum selesai.
Babak 4 : Perilaku pesakit anxiety ketika melakukan aktiviti berkumpulan.
Dia tu memang tak nak bercakap dengan kita agaknya. Sombong betul.
Situasi di atas menunjukkan individu yang mengalami masalah 'social anxiety'. Individu yang mengalami 'social anxiety' akan berasa takut dan cemas apabila berada di khalayak ramai. Mereka merasa bimbang sekiranya diberikan penilaian buruk atau tidak diterima dalam berbagai situasi sosial.
Babak 5 : Seorang gadis menangis di dalam biliknya
Aku ni tak guna, aku dah tak layak untuk sesiapa.
Kakak, jangan cakap macam tu. Jangan buat ibu bimbang.
Situasi tersebut menunjukkan tanda-tanda individu itu mengalami anxiety. Ini kerana individu di atas sering meragui pandangan orang sekeliling terhadap dirinya. Dia sering merasakan bahawa dirinya tidak berguna sehingga menyebabkan dia kehilangan keyakinan diri.
Babak 6 : Seorang doktor menerangkan mengenai simptom-simptom yang dialami oleh pesakit anxiety.
Gangguan tidur
Kerisauan yang melampau.
Tanda-tanda anxiety.
Trauma.
Situasi di atas menunjukkan bagaimana individu yang mengalami simptom-simptom anxiety. Individu tersebut lebih suka berada di dalam keadaan berseorangan dan tidak suka bergaul dengan orang lain.
Gadis tersebut pernah mengalami gangguan seksual pada sebelum ini dan dia memilih untuk tidak memberitahu kepada sesiapa termasuklah ibunya sendiri. Kesan daripada tindakannya itu menyebabkan dirinya berasa tidak berguna kerana tidak mampu menjaga kehormatan dirinya sendiri.
Babak ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai penyakit anxiety kepada semua masyarakat supaya penyakit ini lebih dipandang serius. Perkara ini adalah sebagai langkah untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat yang mempunyai gejala berikut.
Suka berseorangan
Panik
Utworzono ponad 30 milionów scenorysów
Bez Pobierania, bez Karty Kredytowej i bez Logowania, aby Spróbować!