Anda yang berada di rumah masih ragu-ragu untuk mengambil vaksin Covid-19 atau adakah anda juga masih resah setelah melihat kes Covid-19 masih berleluasa di Malaysia?Jangan takut dan berasa risau, ayuh kita bersama-sama melawan Covid-19 ini dengan mengambil vaksin. Dalam video ini kami akan menceritakan tentang jenis-jenis vaksin yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun yang lalu di Malaysia.
Antara vaksin yang paling berkesan di Malaysia ialah vaksin Astrazeneca atau nama kodnya ialah AZP1222. Vaksin Astrazeneca ini dikembangkan dan dibuat oleh Universiti Oxford di United Kingdom. Vaksin ini diberikan melalui suntikan intratot dan digunakan sebagai vektor adenourus chad0x1 cimpanzi yang diubah suai. Vaksin ini terbukti berkesan dengan jumlah keberkesanannya meningkat sebanyak 90% apabila separuh dos diikuti dengan dos penuh selepas sekurang-kurangnya satu bulan setelah disuntik.
Selain itu, vaksin yang lain terbukti berkesan ialah vaksin Covid-19 Pfizer-BioTech atau nama kodnya BNT16262. Vaksin ini berbentuk suntikan intraotot yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Jerman dan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat. Vaksin ini adalah vaksin RNA yang mengandungi neuklosida MRNA diubah suai yang dikodkan dalam bentuk protein pepaku SARS-COV-2 bermutasi dan dibungkus dalam nanozarah lipid. Vaksin ini terbukti berkesan dengan jumlah keberkesanannya ialah sebanyak 90% yang terdiri dari 2 dos yang diberikan selang tiga minggu.
Seterusnya, vaksin yang telah diuji secara klinikal sepenuhnya ialah vaksin Sinovac. Vaksin Sinovac ini dihasilkan oleh syarikat Sinovac Biotech dari China. Vaksin ini juga berbentuk suntikan intraotot. Vaksin ini adalah vaksin yang mengandungi virus SARS-Cov-2 yang sudah tidak aktif. Vaksin akan menghasilkan antibodi dan merangsang tindak balas imun badan seta melawan virus yang mati itu sehingga tidak terinfeksi COVID-19. Purata keberkesanan vaksin Sinovac ini ialah sebanyak 82.5% dan 2 dos yang diberikan dalam tempoh 14 hari.
Kesimpulannya, virus COVID-19 ini sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa kita. Oleh itu, kita mestilah mengambil vaksin yang berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Setelah vaksin, kita juga perlu elakkan pergi ke tempat yang sesak, tertutup dan bersembang secara dekat.
Создано более 40 миллионов раскадровок.
Никаких Загрузок, Кредитной Карты и Входа в Систему не Требуется!