Unknown Story
Updated: 1/26/2021
Unknown Story

Storyboard Text

  • Mengapa Hana bohong? Hana kata, Hana ada kelas tambahan. Hana pergi mana?
  • Puan Siti mendapat sebuah panggilan daripada Cikgu Aisyah. Cikgu Aisyah menyatakan bahawa Hana tidak menghadiri kelas tambahan selama dua minggu berturut-turut. 
  • Maaf, Ibu. Hana... Hana ikut rakan-rakan Hana bersembang di Starbucks.
  • Hana menjelaskan kepada ibunya apa yang telah berlaku. Puan Siti agak kecewa dengan sikapnya.
  • Oleh kerana Hana ingin keluar bersama rakan-rakan Hana, Hana tidak menghadiri kelas tambahan dan memberitahu Cikgu Aisyah yang Hana kurang sihat.
  • Hana menyesal atas tindakannya itu. Dia berjanji, dia tidak mengulangi perkara itu lagi.
  • Baik, Ibu. Maafkan Hana. Hana tidak akan ulangi perbuatan ini lagi.
  • Hana harus ingat, kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jadi, Hana harus sentiasa bersikap jujur supaya, Hana akan sentiasa dipercayai.