Unknown Story
Updated: 6/30/2020
Unknown Story
This storyboard was created with StoryboardThat.com

Storyboard Text

  • Talia berjumpa Raksasa Qadqad buat pertama kali apabila sedang bermain sendirian di sempadan huma.
  • Tiba pula suatu hari apabila adik lelaki Talia, Jini, disambar demam mengejut dan perlu dibawa ke hospital
  • Datang seorang pemandu kereta api bernama Sidek kelihatan cemas. Dia menceritakan tentang katak bertanduk yang menyerang di kem balak
  •  Dia terdengar rengekan ganjil dan melihat seekor haiwan seperti katak bertanduk sebesar kepala budak. Makhluk yang dalam kesakitan itu telah dirawat oleh Talia tanpa memikirkan keselamatan dirinya.
  • Tiga hari berlalu, Tuan Binjah dan pemandu jentolak ke Bukit Ungu bagi melombong tanah yang dikata boleh mengalahkan Raksasa Qadqad.
  • Bapa Talia bercadang mereka tumpang kereta api lombong untuk ke hospital. Namun laleki yang ditugas mengawasi bijih yang disorong, Tuan Binjah, tidak mengizinkan mereka berbuat sedemikian.
  • "Qadqad... qraakkk. Qraakkk!" Talia menjerit sepontan. Beberapa saat berlalu sebelum deru bunyi lompatan terdengar dari hutan.
  • "Qadqad... qraakkkk" kedengaran bunyi tersebut apabila Raksasa Qadqad datang menyerang. Tetapi makhluk tersebut tidak menyakiti Talia dan keluarganya. Tuan Binjah telah melihat perkara tersebut dan membuat rumusan bahawa raksasa itu beralah dengan tanah ungu yang dimain oleh Talia
  • Apabila keluarga Talia dan penduduk kampung pulang semula, Raksasa Qadqad telah ghaib dan meninggalkan mayat manusia dan bangkai rakan mereka.
  • Mereka datang membawa pistol dan senjata api untuk menghalau penduduk yang enggan meninggalkan kampung. Minyak juga telah disimbah di keliling beberapa pondok. Hanya tinggal mencampak jamung untuk membakarnya. Talia dan keluarganya yang baru pulang dari hospital telah melihat apa yang berlaku.
  • Ratusan mahluk Qadqad muncul di udara. Penduduk kampung bersama dengan keluarga Talia dan Sidek berlari mendaki Bukit Ungu. Tuan Binjah dan orang-orangnya pula tidak berganjak kerana terlalu yakin bahawa tanah ungu disekeliling boleh menjadi perisai mereka. Tetapi tanah tersebut tidak membuahkan hasil.
  • Amukan Qadqad berhenti secara rasminya selepas itu, seperti makhluk tersebut lenyap begitu sahaja. Namun, kisah pertemuan Tallia dan Raksasa Qadqad mash diceritakan. Andaian mereka yang bercerita berkata bahawa puak Qadqad tidak akan menunjukkan muka sehingga dipanggil sendiri oleh anak kecil itu.
Over 14 Million Storyboards Created
Storyboard That Family