meniti impian
Updated: 5/21/2020
meniti impian
This storyboard was created with StoryboardThat.com

Storyboard Text

  • Aku tak perlu dibantu dan tak akan mengemis bantuan sesiapa. Selepas tamat tempoh latihan, aku tak akan bekerja di sini sekalipun ditawarkan gaji yang lumayan. Ini bukan bererti aku tak suka pada kilang ini. Kilang ini tetap akan meninggalkan kenangan sampai bila-bila. Aku mahu berdikari. Biarlah kejayaan hasil daripada titik peluh aku sendiri. Tak ada gunanya memegang jawatan tinggi, tapi hati terus terkongkong.
  • Bagaimana Zahar boleh berada di sini? Akulah yang sebenarnya bersalah! Hatinya sungguh tergores kerana aku. Kerana egoku sendiri!
  • Saya harap kamu semua tak akan lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapai. Sebaliknya anggaplah kejayaan ini sebagai dorongan untuk kamu berusaha dengan lebih gigih. Perjuangan kamu sebenarnya belum selesai. Malah perjuangan seterusnya iaitu peperiksaan peringkat pertengahan semakin mencabar.
  • Aku kagum dengan semangat, pendirian dan cita-citakau, Zahar. Penghinaan yang kauterima itulah membuatkan kau berusaha dengan bersungguh-sungguh membina keyakinan diri, mencari kejayaan hingga membawa kau ke mari.
  • Semua pelatih baharu IKM mesti memiliki semangat, cita-cita yang tinggi dan keyakinan yang kental untuk mengejar cita-cita.
  • Jangan mudah panik semasa peperiksaan. Kamu hendaklah tekun dengan kerja kamu dan laksanakanlah dengan sabar sehingga siap. Jangan tergesa-gesa mahu menyiapkan projek. Kamu perlu sentiasa cermat dan berfikiran kreatif. Laksanakan kerja dengan teliti supaya projek kamu kemas, halus buatannya, ada nilai seninya dan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki.
  • Sekalipun kaudatang hanya untuk berlatih, jika prestasi kau baik, peluang untuk menjadi pekerja tetap di kilang ini sentiasa terbuka, Zahar. Untuk itu aku sedia membantu.
  • Saya kenalkan, inilah Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran.
  • Ya, Miss Ooi dah beritahu saya semalam.
  • Saya Zahar, pelatih IKM.
  • Berikan tepukan hangat kepada Zahar kerana telah membantu IKM Sg. Petani mengalahkan IKM Alor Setar.
  • Sebenarnya, Suhaili sekampung dengan aku. Tapi aku tak gembira bertemu dengannya, Razali.
  • Kita bermain dalam satu pasukan. Kemenangan tadi adalah kemenangan kita semua.
  • Gol, kami menang.
  • Saya mendapat tawaran daripada sebuah kilang perabot di Bayan Lepas, dekat dengan kampung halamanku.
  • Saya mendapat tawaran kursus latihan di sebuah firma arkitek di Johor Bahru.
  • Saya ditawarkan kursus latihan di sebuah kilang perabot di Kamunting, Perak.
Over 14 Million Storyboards Created
Storyboard That Family