Akinomoto telah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan dari stor JKK Ulu Dungun pada 20 Mac 1988.
Adakah Akinomoto sudah faham maksud beruk subsidi?
Saya semakin tidak faham. Saya meminta agar pihak pendakwa menerangkannya menggunakan bahasa Melayu.
Saya akan menerangkan maksud beruk subsidi menurut kamus The Advance Dictionary of The Modern English for the Malaysian World.
Apakah maksud beruk subsidi?
Saya sudah lupa bahawa Malaysia sudah 30 tahun merdeka. Seharusnya kita menggunakan bahasa Melayu dalam mahkamah ini. Pendakwa raya, sila huraikan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu.
Baiklah, saya memperkenankan permintaan kamu. Tetapi, dengan syarat iaitu tidak panjang.
Saya sudah faham maksudnya. saya mengaku atas pertuduhan tersebut. Namun, saya mohon untuk bercakap sedikit berkaitan kes ini.
Beruk itu sedang hamil. Saya bercadang untuk memulangkan ibu beruk itu kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya.