Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

Pada suatu hari, Ethan berjalan ke sebuah pusat membeli-belah baharu yang terletak berhampiran rumahnya untuk bertemu rakannya. Dia mahu meluangkan masa bersama rakannya kerana dia tidak melihatnya untuk masa yang lama. Mereka telah merancang untuk melihat-lihat di sana dan melawat beberapa kedai mainan di sana. Selepas beberapa jam, mereka pulang ke rumah masing-masing. Ketika Ethan sedang berjalan balik ke rumah, dia terlihat sebuah gerai di tepi jalan. Di gerai itu menjual robot mainan kegemarannya. Ia jauh lebih murah daripada yang dilihatnya di pusat membeli-belah tadi. Di pusat membeli-belah, ia menjual robot mainan itu untuk RM60. Tetapi di gerai itu ia menjualnya untuk RM40. Tanpa memeriksa kualitinya, dia terus membeli robot mainan itu. Selepas membelinya, dia meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan gembira. Apabila dia sampai di rumah, dia langsung pergi ke biliknya dan mula bermain dengan robot permainannya. Dia mainkan mainan itu dengan berhati-hati kerana ia baharu. DIa juga bermainnya dengan berseronok dan dengan cinta. Selepas 30 minit bermain dengannya, lengannya tiba-tiba pecah dan itu memecahkan hatinya. Ethan bermula menangis di atas katilnya. Pada keesokan harinya, Ethan pergi ke gerai yang menjual robot mainan kepadanya untuk meminta pengembalian dana kerana ia mempunyai mainan kualiti yang dahagat. Tetapi, penjual gerai itu tidak ada lagi. Pada ketika itu, dia menyedari dia telah ditipu. Ethan berasa sedih kerana dia membuat kesilapan untuk membeli robot mainan itu. Kesilapannya membuat dia menyesal sepanjang hayatnya. Pada hari itu, dia belajar untuk memeriksa kualiti sesuatu sebelum membeli. Dia hendaklah difikirkan dahulu baik dan buruk agar tidak berlakunya penyesalan di hari kelak. Bak kata perpatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna". Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.

Storyboard Text

  • Ethan sedang berjalan balik ke rumah selepas dia menemu kawannya di sebuah pusat membeli-belah baharu yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
  • Dalam perjalanan balik rumah, dia terlihat sebuah gerai yang menjual robot mainan kegemarannya. Ia jauh lebih murah daripada yang dilihatnya di pusat membeli-belah tadi. 
  • Dia terus membelinya tanpa memeriksa kualitinya. Selepas itu, dia meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan gembira.
  • Apabila dia sampai di rumah, dia mula bermain dengan robot permainannya.
  • Selepas 30 minit bermain dengannya, lengannya pecah dan Ethan mula menangis.
  • Keesokan harinya, Ethan pergi ke gerai yang sama untuk meminta pengembalian dana kerana ia mempunyai mainan kualiti yang dahsyat. Tetapi, penjual tidak ada lagi. Pada ketika itu, dia menyedari dia telah ditipu.
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TpT Store