Source of conflict : Difference In Target
Updated: 12/17/2020
Source of conflict : Difference In Target

Storyboard Description

Syarikat Cloud yang terletak di Shah Alam mengeluarkan oven pembakar dan menggunakan khidmat saluran agihan untuk meluaskan lagi pasaran mereka. Syarikat cloud menjual oven pembakar ke seluruh negeri seperti di Perak, Selangor dan Pahang. Disebabkan pasaran syarikat terlalu besar, mereka menggunakan orang tengah iaitu peruncit. Syarikat cloud menggunakan khidmat MT Baker dan Rotary Oven yang masing-masing terletak di lokasi yang berbeza. MT Baker terletak di Kuala Lumpur, manakala Rotary Oven terletak di Tanjung Malim, Perak. Tedapat kinflik yang berlaku di antara peruncit dan pengeluar, Syarikat Cloud kerana sasaran pasaran yang berbeza. MT Baker mempunyai sasaran pasaran yang besar kerana terdapat banyak kilang yang memerlukan oven pembakar untuk perniagaan mereka. Tetapi sebaliknya untuk Rotary Oven, mereka kurang pelanggan kerana pasaran yang kecil.

Storyboard Text

  • Alya, jualan bulan lepas agak sedikit bilangannya berbanding bulan-bulan sebelumnya. apa agaknya masalah yang dihadapi oleh syarikat ya?
  • Ya. Jualan agak menurun pada bulan lepas. saya sudah lihat data jualan kita. Kebanyakkannya pembeli adalah dari negerI atau kawasan yang berdekatan shah alam sahaja.
  • Kita kekurangan dari segi penghantaran kerana lokasi pembeli yang jauh. saya rasa sebab itu lah jualan kita tidak mencapai sasaran. Kita harus memikirkan stratergi untuk membolehkan pelanggan jauh membeli produk kita dan sekali gus dapat meluaskan pasaran.
  • Saya setuju. Saya cadangkan untuk kita menggunakan khidmat orang tengah iaitu peruncit. Dengan cara ini kita dapat menjual produk kita ke pasaran yang lebih luas.
  • Bagus juga idea awak. Kita mulakan dengan kawasan Kuala Lumpur dan Tanjung Malim dahulu. Senaraikan peruncit yang berada di Kuala Lumpur dan Tanjung Malim seterusnya hubungi mereka.
Over 15 Million Storyboards Created
Storyboard That Family