Pengembala berasa bosan dan berfikir untuk memperdayakan penduduk.Beliau menjerit "Tolong ! tolong ! ada serigala disini."
Penduduk yang mendengar jeritan tersebut terus menghampiri pengembala dan bertanya "wahai Pengembala dimanakah serigala tersebut ?" Si Pengembala hanya tertawa dan berkata " saya hanya bergurau sahaja,tidak ada serigala disini." Setelah mendengar tersebut,penduduk kembali dengan perasaan yang kesal.
Pada keesokkannya , si Pengembala melakukan hal yang sama lagi.
Penduduk yang mendengar jeritan tersebut bergegas ke tempat pengembala dan mereka hanya melihat si pengembala sedang tertawa dan penduduk berasa marah dan berkata " wahai pengembala kalau kamu panggil kami takkan percaya lagi.
Tiba-tiba,ada seekor serigala dan menyerang biri-biri miliknya.Dengan rasa cemas,beliau jerit meminta tolong kepada penduduk tetapi tiada seorang pun datang menolongnya kerana mereka sudah tidak percaya dengan pengembala.
Setelah biri-biri nya habis dimakan oleh serigala, barulah terdapat 2 orang penduduk datang dan mereka berkata kepada pengembala "jangan sesekali kamu menipu,jika orang sudah tidak percaya kan kamu,walaupun kamu bercakap benar."