DUNIA DAN MANUSIA (Mohd Labib Al Bohi)

DUNIA DAN MANUSIA (Mohd Labib Al Bohi)
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • Di sebuah kota Darkuk, terdapat seorang yang terkenal dengan kekayaannya yang bernama Tuan Ogali Agha dan seorang lelaki yang termiskin iaitu Ali Haidar.
  • Pada suatu hari, persoalan tentang mati telah memenuhi otak Tuan Ogali. Antara persoalannya ialah bagaimana dengan kekayaannya lebih 3 juta dinar yang dikumpulnya setelah kematiannya nanti. Dia sedar selama ini dia yang bertungkus-lumus mencari harta, bahkan kedekut hinggakan tidak mahu kekayaannya lepas ke orang lain. Malah dia akan cepat tidur sekiranya ada pihak kebajikan datang meminta derma. Dia juga tertanya-tanya, apakah itu semua akan berlaku seperti dia inginkan seandainya  maut datang menghalang.
  • Pada suatu hari, Ogali Agha terbaca bahawa nilai manusia terletak kepada sumbangnya kepada orang lain. Oleh itu, dia sedar kebiasaan sikapnya yang hanya menerima kekayaannya tanpa menyumbang kepada orang lain, Bahkan, dia tertanya-tanya apakah akan dilakukan dengan kekayaannya dan apa erti maut datang daripada semua itu. Maka, mati menjadi buah fikirannya sekarang iaitu apakah ada ubat yang dapat menundakan kematian seseorang memandangkan terdapat pelbagai sistem teknologi terkini, Akhirnya, dia menggeleng dan akur dengan takdir dengan penuh marah.
  • Ogali Agha terus memikirkan cara untuk membalas dendam kepada dunia kerana tidak dapat menghindarkan dirinya daripada mati. Dia berfikir lebih baik membawa kesemua kekayaannya di dunia ini. Dia teringat tentang teori Firaun yang membuatkan dirinya gembira di mana kesemua kekayaan dikumpulkan dan dikapankan bersama.
  • Teori Firaun
  • Memandangkan hartanya banyak, Tuan Ogali menjemput sekumpulan pakar jurutera untuk membina pusaranya. Dinding pusaranya diperbuat daripada emas, lantainya dihamparkan dengan permaidani, sebuah katil dan bantal diperbuat daripada sutera. Apabila dia meninggal, segala kekayaannya kekal miliknya.
  • Maka para jurutera pun membina sebuah pusara yang indah dan terbesar di kota Darkuk. Manusia pun berduyun-duyun dari segenap penjuru datang untuk melihat secara dekat pusara emas yang ajaib pada zaman itu. Kerap kali Tuan Ogali berada berhampiran orang ramai untuk memerhati setiap muka mereka yang penuh iri hati dengan kekayaannya. 
More Storyboards By fiqa
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TPT Store