Dunia dan Manusia 2

Dunia dan Manusia 2
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • Ramai  orang yang berangan-angan untuk memiliki pusara seperti Tuan Ogali. Namun Ali Haidar merupakan orang yang termiskin di kota tersebut sering menyindir mereka dengan bisikan angan-angan itu. Pada suatu hari, Tuan Ogali merenung pusara emas itu tiba-tiba dia ternampak Ali Haidar duduk bersandar di dinding pusaranya lantas Ogali dengan perasaan marah menghalau Ali Haidar kerana ianya sesuatu yang mengaibkan dan memalukan. Ali Hiadar telah dihalau dan tidak dibenarkan lagi memasuki kota itu agar bayangnya tidak lagi menyentuh pusara itu.
  • Pada suatu pagi musim sejuk yang melampau, Munzim Janazat dihubungi oleh  Puan Ranja Amanja iaitu isteri Tuan Ogali. Dia berteka teki dan bertanya kepada Puan Ranja adakah suaminya telah meninggal dan dia akan mendapat hadiah daripada perarakan besar jenazah tersebut ke pusara emasnya. Puan Ranja sedih dengan kata-kata itu dan mengatakan sebenarnya Tuan Ogali hendak berpindah ke pusara emasnya. Munzim Janazat pun menyahut permintaan tersebut.   
  • Tuan Ogali mewasiatkan kepada isterinya agar menyampaikan kepada Munzim Jazanat bahawa jenazahnya akan diletakkan di atas katil sutera dalam pusara itu sewaktu matahari terbit pada keesokan harinya tanpa ditangguhkan lagi dan dia mahu memasuki alamnya dalam bayangan dunia di bawah kubah emas itu. Jika Munzim Janazat tidak menepati kehendak wasiatnya, maka hadiah besar yang dijanjikan tidak akan diberi. 
  • Tuan Ogali mewasiatkan kepada isterinya bahawa sesiapa yang menunggu jenazahnya sehingga matahari terbit akan diberi upah sebanyak 50 dinar. Jenazah dimasukkan ke dalam keranda selepas solat isya dan dibawa ke masjid. Jurucakap memberitahu bahawa Tuan Ogali telah berwasiatkan wang hadiah 50 dinar akan diberi kepada siapa yang menunggu di dalam masjid sehingga terbit matahari keesokannya. Orang ramai pun berkumpul di dalam masjid semasa suasana musim sejuk itu. Tetapi sesuatu yang aneh menarik perhatian orang ramai iaitu terdapat jenazah lain di dalam masjid yang belum dikebumikan. 
  • Orang ramai tertanya-tanya tentang identiti jenazah yang kedua. Orang itu sebenarnya ialah Ali Haidar. Mereka tidak mempunyai kubur untuknya dan sedang menunggu untuk dibawa ke pusara pada keesokan pagi yang sama. Munzim Janazat merahsiakan hal tersebut kepada Puan Ranja. Munzim Janazat dan sebahagian daripada mereka tertidur sehingga keesokan paginya. 
  • Munzim Janazat segera bangun dan menyeru orang ramai menyembahyangkan jenazah. Kemudian mengusung keranda ke pusara emasnya. Sebaik sahaja keranda diletakkan di dalam pusara, lalu Munzim Janazat membuka selubung muka mayat. Alangkah terperanjatnya dia, dalam keadaan tergesa-gesa orang ramai mereka telah tersilap mengusung keranda Ali Haidar ke dalam pusara emas sedangkan jenazah Tuan Ogali diusung ke pusara wakaf.
More Storyboards By fiqa
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TPT Store