EPISODE 3 part 2

EPISODE 3 part 2
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • Secara umumnya, memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan (halal) jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai (binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih mengikut syariat) dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut jika pada zahirnya ia adalah makanan yang bukan dibuat daripada item haram atau kandungannya tidak mengandungi elemen yang haram sebagaimana disebutkan di awal, walaupun makanan itu dibuat, dimasak atau disediakan oleh mereka sendiri.
  • Sebagai contoh, Baginda Nabi juga pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakan dengan makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya. Baginda Nabi menerima undangan tersebut. (Musnad Ahmad ibn Hanbal: 12949, Tuhfat al-Ahwazi, halaman:188)
  • Owh... kalau begitu boleh lah kami makan makanan yang disediakan oleh bukan islam asalkan ianya patuh syariah.
  • Selain itu, Sekiranya bahan mentah dan perkakas yang digunakan untuk menyediakan makanan itu semuanya bersih dan suci dari sisi pandangan Islam, maka kita boleh memakannya. Tetapi sebolehnya dan lebih elok kita elakkan daripada memakan makanan meraka atas jalan berhati-hati kerana mereka tiada halangan untuk menggunakan barangan yang diharamkan dalam Islam.
  • Adakah penerangan saya tadi telah menjawab persoalan kamu semua?
  • barulah saya faham sekarang.
  • Alhamdulillah. Terima kasih ustaz.
  • Sama-sama. Baguslah kalau begitu. Mari kita lanjutkan sesi pembelajaran kita pada hari ni.
  • Terima kasih ustaz atas penerangannya.
More Storyboards By hafiszah
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TpT Store