Banjir Di Mata Emak

Banjir Di Mata Emak
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

..

Storyboard Text

  • " Saya " terpaku apabila terdengar suara tua di hujung talian meluahkan rasa hatinya kerana kehabisan makanan. Dia juga berterima kasih kepada " Nana ", orang yang disangkanya. Dia juga memberitahu bahawa abang Nana, Nubhan langsung tidak menjenguknya walaupun duduk dekat dengannya. " Saya " sedar bahawa dia telah tersalah mendail nombor telefon. 
  • Setelah meletak telefon, " Saya " dapat memayangkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh mangsa-mangsa banjir. Perasaan simpati dan risau bersarang dihatinya. Oleh itu, dia menelefon semula nombor tadi tetapi tidak berjawab. Persoalan demi persoalan bermain di fikirannya.
  • " Saya " berasa agak terganggu apabila panggilannya tidak berjawab. Dia teringat suara tua itu memberitahu jiran-jirannya semua sudah pindah. " Saya " terpaku dan tertanya-tanya sebab dia tidak berpindah ke pusat pemindahan dan sanggup tinggal sendirian di situ.
  • " Saya menelefon sekali lagi dan kali ini, panggilan dijawab. Dia memberitahu bahawa dia baharu sahaja solat zohor. Dia meminta " Nana " untuk tidak bimbang terhadap dirinya. Dia memberitahu bahawa sekarang dia masih ada ikan kering dan cili kering. Jika sudah habis dia akan makan nasi dengan garam.
  • " Saya " berasa terkilan kerana dia tidak sempat menjelaskan siapa dirinya kepada pemilik suara tua itu. Dia berasa sangat sedih mengenangkan nasib ibu tua itu. Dia berdoa agar Allah memberikannya peluang merasai kenikmatan untuk menyenduk nasi ke pinggan seorang ibu sebelum ke pinggannya sendiri.
  • Oleh sebab perasaan ingin berbakti kepada ibu tua itu yang tidak dikenali malah tidak tahu di mana tempat tinggalnya. " Saya " nekad untuk mencarinya. Dia percaya bahawa rumah ibu tua itu tidak jauh dari rumah rakannya, Ameera yang letaknya tidak sampai enam kilometer dari rumahnya.
Explore Our Articles and Examples

Business Resources

All Business ArticlesBusiness Templates

Film Resources

Film ResourcesVideo Marketing

Illustrated Guides

BusinessEducation
Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TpT Store