Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

Maksud peribahasa “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” adalah sebelum melakukan sesuatu perkara, hendaklah difikirkan dahulu baik dan buruk agar tidak berlakunya penyesalan di hari kelak. Jordan adalah seorang pelajar universiti. Satu malam, kawan-kawannya menjemputnya pergi ke kelab malam untuk minum alkohol dan bermain-main. Jordan bersetuju, dan kemudian bertanya bapanya. Bapanya membenarkan Jordan untuk pergi ke kelab malam. “Jangan memandu selepas minum arak” pesan bapanya. Pada pukul sepuluh malam, Jordan berasa sangat saraf kerana ini akan menjadi kali pertama Jordan pergi ke kelab malam. Apabila Jordan tiba di kelab malam, dia bertemu dengan kawan-kawannya. Jordan masuk ke kelab itu dan melihat ramai orang minum arak dan menari, jadi dia memutuskan untuk mengikutinya. Jordan cepat mabuk, dan kawan-kawannya memberi amaran kepadanya supaya tidak banyak minum kerana akan mabuk. Tetapi, Jordan tidak mendengar kawan-kawannya dan terus minum banyak arak. Pada pukul 2 pagi, Jordan dan kawan-kawannya meninggalkan kelab malam. Jordan benar-benar sangat mabuk dan dia memutuskan untuk mengabaikan nasihat ibu bapanya, dan pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Jordan tidak sengaja tidur dan terhempas kereta ke kereta lain. Bapa Jordan menerima berita buruk itu, dan bergegas ke hospital untuk melawat anaknya. Bapa berasa sangat sedih dan kecewa terhadap anaknya. Jururawat di hospital itu memberitahu bapa “Nasib baik, anak kamu tidak mati. Tetapi, kaki kanannya akan lumpuh selama beberapa bulan”. Bapa Jordan menangis sepanjang malam. Apabila Jordan bangun, dia terkejut melihat dirinya di hospital. Jordan sedar dia tidak boleh jalan, kemudian menangis. Dia lihat bapanya sedang tidur di kerusi, dia mengangkat tongkat dan bangun bapanya. Jordan meminta maaf dari bapa, dan berjanji untuk mendengar nasihatnya pada masa akan datang.

Storyboard Text

  • Jordan,  jangan memandu selepas minum arak.
  • Baiklah, saya tidak akan memandu keretaku selepas saya minum arak
  • Ayah, saya akan pergi ke bar dengan kawan-kawan saya.
  • Jangan risau, saya tidak akan mabuk!
  • Jordan, kamu tidak patut minum banyak arak, nanti kamu akan mabuk
  • Wah, itu sangat menyeronokkan!
  • Nasib baik, anak kamu tidak mati. Tetapi, kaki kanannya akan lumpuh selama beberapa bulan
  • Bapa, saya minta maaf kerana menjadi degil dan tidak mendengar nasihat awak
More Storyboards By jordanjt
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TpT Store