Keluarga sayang, kami akan bertolak pada awal pagi Sabtu depan ke rumah datuk ye, pastikan kamu semua bersedia dengan baju raya dan buah tangan untuk datuk dan nenek!
Kami bertolak awal supaya cukup masa untuk sampai ke kampung dengan selamat! Ayah baru baca tadi, terdapat lebih daripada 20,000 kemalangan jalanraya semasa Ops Selamat Hari Raya tahun lepas!
Kenapa awal sangat, ayah? Lambatlah sikit, nak kata bye bye kepada kawan Siti...
Akhbar pun melaporkan bahawa jumlah saman yang dikeluarkan melebihi 246,000... banyak tu! Ayah tak nak kena saman tahun ni kerana pandu laju!
Ye lah, duit tu lebih baik digunakan untuk baju Raya, kan?
Kan pada masa tu, saya ingatkan ayah had laju di lebuhraya dikurangkan sebanyak 10km/jam... ramai juga yang guna lorong kecemasan yang disaman polis...
Ya, tahun ini, ayah sudah insaf, bukan saja kerana tak nak kena saman, lebih penting supaya kami semua selamat pulang ke kampung!
Oh ya, hari ini ayah nak periksa kereta supaya semuanya OK sebelum kita bertolak! Siapa nak bantu ayah?
Photos for Class
– Search for School-Safe, Creative Commons Photos (It Even Cites for You!)
Quick Rubric
– Easily Make and Share Great-Looking Rubrics
abcBABYart
– Create Custom Nursery Art