menuai padi 2

menuai padi 2
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

maizara aleeya

Storyboard Text

  • Apa lagi yang perlu dipertahankan sangat tanah tu? Semua orang dah setuju, budak tu memang nak menyusahkan orang!
  • Abang Man bersuara lantang. Beberapa orang lain turut mengangguk tanda setuju.
  • Kali ni, Abang Wan bersuara lembut sambil merenung wajah Mak Wan. malah emak masih merenung ke lantai. Tuk Ketua hanya memasang telinga , seboleh-boleh mungkin tidak mahu campur tangan.
  • "Semua orang dah setuju, anak Mak Wan saja yang tolak tuah. Dek sebab dua petak tu, semua kerja tergendala, Mak Wan tegurlah anak bujang Mak Wan tu. "
  • Budak ni kan, belajar kat Universiti, takkan lah dia nak buat kerja-kerja kampung macam ni. Entah-entah tak tamat belajar!..tu yang nak sangatkan petak tu.
  • Keadaan di ruang tamu tiba-tiba menjadi sunyi, semua terdiam terpaku seribu bahasa, tidak mampu untuk berkata apa-apa selepas mendengar kata-kata yang meniti dari bibir  Abang Man, dalam keadaan itu, dia langsung tidak rasa bersalah .
  • Mak Wan terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut Abang Man, jadi dia meminta mereka untuk pulan dahulu.  Ada hal yang ingin dia bincan bersama anaknya
  • Beginilah, kamu balik dulu. Kata datang sini nak bincang elok-elok. Tapi kalau dah terkeluar tajuk sampai menyakitkan hati orang , Mak Wan rasa baik kamu balik dulu
  • Tetamu berundur  pulang  dengan muka kelat. Menungan emak masih berlarutan. hati emak terhiris, tak sanggup Alif melihat air mata emaknya yang berterusan membasah pipi.
More Storyboards By myzaraaleeya
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class – Search for School-Safe, Creative Commons Photos (It Even Cites for You!)
Quick Rubric – Easily Make and Share Great-Looking Rubrics
abcBABYart – Create Custom Nursery Art