BENANG HALUS 2

BENANG HALUS 2
  Copy


More Options: Make a Folding Card




Storyboard Description

This storyboard does not have a description.

Storyboard Text

  • Pak cik Jalil menatap wajah lelaki yang mahu turun di tengah jambatan itu dengan kehairanan lantas dia bersuara sebelum beliau berkata-kata. "Jika anda mahu membawa saya ke balai polis, terus terang sahaja kerana dua orang kawan anda cuba berbuat demikian. Tetapi saya telah meninggalkan kedua-dua kenderaan itu. Beritahu cepat kerana sudah tidak ada masa lagi. Sekarang sudah hampir jam 3 pagi, saya mahu mengakhirinya sebelum terbit fajar," kata lelaki tersebut.  
  • Pak cik Jalil menidakkan kata-kata lelaki tersebut dan beliau menuruti kehendaknya. Bahkan Pak cik Jalil sempat memberitahu bahawa beliau mempunyai bebanan seperti 10 orang manusia. Lantas lelaki itu mahu meluahkan masalahnya namun beliau memotong kata-katanya. Pak cik Jalil berkata bahawa bebanannya tidak akan terdengar jika mahu diceritakan. Jika diikutkan hati pasti beliau akan ke pertengahan jambatan itu untuk membunuh diri.
  • Pak cik Jalil berkata, "kita akan terjun bersama-sama ke dalam Sungai Nil supaya semuanya tenggelam. Saya juga berangan-angan dapat bersama tuan kerana nasib yang serupa. Beliau meminta agar lelaki tersebut menceritakan bebanannya kepada beliau. Adakah disebabkan cinta yang gagal atau harta yang lenyap. Namun lelaki itu menafikannya. Kenderaan itu terus berjalan dan meminta dipercepatkan perjalanan sebelum fajar tiba. 
  • Pak cik Jalil memberitahu bahawa dia tidak dapat mempercepatkan perjalanan kerana kedua-dua ekor kudanya sakit iaitu tempang dan lemah jantung. Jika kedua-duanya hidup, ianya akan dapat menyelamatkan rezekinya. Pak cik Jalil memberitahu bahawa dirinya mempunyai penyakit dan tidak akan hidup lama lagi lantas lelaki tersebut bertanya tentang penyakitnya. Beliau terdengar bisikan doktor di hospital bahawa umurnya hanya tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi.
  • Lelaki itu berkata, "umur di tangan Allah pak cik". Pak cik Jalil mengiyakan kata-kata itu tetapi beliau kehairanan kerana sesetengah orang ingin mempercepatkan umurnya di tangan mereka. Baginya satu-satu harapannya kepada Allah adalah memendekkan umurnya dan memanjangkan umur kudanya yang sakit agar tidak mati ketika beliau masih hidup.
  • Lelaki itu mula bertanya-tanya tentang kehidupan Pak cik Jalil. Dia bertanya apakah tidak ada orang menyara kehidupan beliau. Pak cik Jalil memberitahu bahawa bapanya pernah dilanggar ambulans pada waktu malam. Lehernya cedera dan mengalami lumpuh dan sudah sembilan tahun terlantar di hospital. Maka beliaulah yang menyara kehidupan sekarang.
More Storyboards By norfiqa
Explore Our Articles and Examples

Try Our Other Websites!

Photos for Class   •   Quick Rubric   •   abcBABYart   •   Storyboard That's TPT Store