Aurel merupakan seorang pelajar tingkatan 5 mengambil program Perniagaan. Manakala adiknya Sofeyah merupakan pelajar sekolah rendah iaitu tahun 6. Pada tahun 2019 bermulanya Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR). Sistem pembelajaran dan pengajaran dari rumah yang kini diguna pakai oleh sistem persekolahan negara dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, dilihat secara tidak langsung mencetuskan isu 'learning burnout' atau hilang motivasi untuk belajar dalam kalangan pelajar, khususnya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Hal ini, dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran. Antaranya, 'learning burnout' perlu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tertinggal dalam pelajaran dan seterusnya mewujudkan 'lost generation'.
TOPI PUTIH
Haii kak, sampai bila tempoh PDPR ??
Haii dik, negara kita masih bergelut dengan wabak Covid-19. Kita terpaksa menunggu keputusan dari pihak kerajaan untuk menamatkan sistem PDPR.
TOPI MERAH
Ibu, saya semakin bosan dan tidak suka belajar dari rumah. Saya sangat tertekan dan sukar untuk memahami apa yang diajar,
Line di rumah pun sangat lambat ibu.
Ibu dan ayah akan fikir apakah tindakan yang harus dilakukan agar kamu berdua semangat untuk belajar di rumah.
Saya semakin bosan dengan PDPR, tetapi jika saya tidak fokus dengan pembelajaran, cita-cita saya tidak akan tercapai.
Aurel dan Sofeyah telah berkomunikasi di ruang tamu tentang PDPR yang masih dijalankan oleh pihak kerajaan. Ini kerana mereka tidak dapat fokus dengan pembelajaran dari rumah sahaja. Isu ini dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran semasa PDPR.
TOPI KUNING
Ibu harap Aurel terus sabar menjalani pembelajaran atas talian kerana kekangan yang dihadapi sekarang pasti ada hikmahnya, jadi kamu mesti berjuang untuk kejar cita-cita.
Baiklah ibu, Aurel akan berusaha sedaya mungkin untuk mengejar cita-cita dan membanggakan ibu dan ayah.
Aurel dan Sofeyah meluahkan perasaan dan mengadu kepada ibu mereka tentang pembelajaran dalam talian yang membuatkan mereka tidak dapat fokus dalam belajar dan rasa lesu semasa PDPR. Hal ini kerana capaian rangkaian rumah mereka tidak begitu kuat dan tidak memuaskan.
TOPI HIJAU
Aurel semakin merasa bosan dengan PDPR. Dalam masa yang sama, dia takut cita-citanya tidak tercapai jika tidak fokus dengan pembelajarannya. Masalah ini akan lebih besar sekiranya dia tidak fokus dengan pelajarannya kerana masa depannya akan musnah.
Ibu Aurel memberikan semangat yang kuat untuk anaknya yang selalu murung akibat PDPR. Ibu memberikan kata-kata motivasi dan positif kepada Aurel sekaligus mengingatkan Aurel untuk terus berjuang bagi mencapai cita-citanya.
Ayah memberitahu kepada Aurel dan Sofeyah agar tidak perlu risau lagi tentang kekangan yang mereka hadapi. Ibu dan ayah mereka sudah berfikir tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi agar mereka semakin bersemangat untuk belajar secara atas talian di rumah.
Anak-anak ayah jangan risau, lepas ni ayah akan atasi masalah kamu berdua. Langkah-langkah yang ibu dan ayah akan lakukan ialah ;1. Kami akan mencari kelas tuisyen atau kelas tambahan secara atas talian dan mengikut kemampuan. 2) Kami akan rajin berkomunikasi dengan guru kamu berdua. 3) Kami akan sediakan jadual belajar yang baik dan rangkaian internet yang laju seperti memasang Unifi di rumah.