Questions About Remote Learning? Click Here

Genggam bara api biar sampai menjadi arang
Updated: 3/13/2019
Genggam bara api biar sampai menjadi arang
This storyboard was created with StoryboardThat.com

Storyboard Description

Semasa Amin berusia 17 tahun, ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada hari yang malang itu, seorang lelaki yang mabuk memandu ke arah yang bertentangan lalu melanggar kereta ayah Amin. Ramai orang mengerumuni tempat kemalagan itu, dan beberapa kenderaan bergerak dengan perlahan untuk melihat kemalangan itu menyebabkan keadaan di tempat kejadian menjadi huru hara. Tidak lama kemudian, ambulans dan penyelamat menyampai di tempat kejadian. Tetapi apabila mereka tiba, ayah Amin berlumuran darah, tulang rusuknya turut patah menyebabkan kesukaran bernafas dan padanganya kabur. Sebelum mereka dapat tiba di hospital, Ayah dia sudah tidak sedarkan diri, malangnya dia tidak dapat bertahan untuk mendapat rawatan. Semasa mereka berada di hostipal, dia sudah tidak dapat diselamatkan, doktor telah mengesahkan kematiannya. Amin tidak mendapat peluang untuk berada di sisi ayahnya semasa dia menghembuskan nafas terakhir. Sejak kematian ayahnya, Amin bermula berasa akan keperitan hidup. Sebelum pergi ke sekolah, dia akan pergi ke pasar untuk membantu ibu menjual sayur-sayuran dan menjaga adik-adiknya. Tetapi selepas balik dari sekolah, dia akan membantu untuk membuat kerja rumah, mengemaskan dan membersihkan rumah. Tambahan pula, Amin juga mesti masak makanan ringkas untuk menjadi lauk makanan malam mereka kerana ibunya masih berkerja dan tidak mempunyai masa untuk menjaga anak-anaknya. Akhirnya, Amin menemui jalan buntu dan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, dan melepaskan impiannya untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat untuk belajar tentang perubatan. Dia amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh ibunya untuk menyara anak-anaknya, dan memahami beban yang ditanggung oleh ibunya sangat besar, terutama kerana dia ialah seorang ibu tunggal. Walaupun Amin akan pergi membantu ibunya menjual sayur-sayuran di pasar setiap hari, Ibunya masih tidak mampu menghantar adik-adiknya ke sekolah. Selepas adik-adiknya mengetahui mereka tidak boleh bersekolah lagi, mereka bagai kaca terhempas ke batu. Amin amat menyayangi adik-adiknya dan sanggup berkorban untuk kebahagian mereka. Oleh sebab itu, Amin membuat keputusan untuk membuat beberapa kerja sehari, dia bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya, seorang pelayan di sebuah restoran, dan juga menjual kuih-muih di tepi jalan. Kehidupannya beberapa bulan ini sangat susah, tetapi Amin percaya akan berpahit-pahit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pada akhirnya, semua pengorbanannya dan kerja kerasnya berbaloi, Amin dinaikkan pangkat untuk bekerja di bandar yang mempunyai gaji yang lebih tinggi! Dengan itu, dia akan mampu membiayai pelajaran adik-adiknya dan juga dapat menyara hidup ibunya. Kesimpulannya, kegigihannya, dan ketekunannya membantu dia mencapai kejayaan. Amin juga mempunyai azam yang kuat dan walaupun dia berada dalam kesusahan, dia tidak berputus asa dengan mudah. Janganlah mengalah dengan mudah, kalau sudah menggengam bara api biar sampai menjadi arang.

Storyboard Text

  • Semasa Amin berusia 17 tahun, ayahnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya
  • Amin tidak mendapat peluang untuk berada di sisi ayahnya semasa dia menghembuskan nafas terakhir
  • Amin amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh ibunya
  • Ibu Amin tidak mampu menghantar anak-anaknya ke sekolah, justeru mereka berhenti sekolah
  • Amin membuat keputusan untuk berkerja berganda kali sehari untuk menambahkan pendapatan keluarga
  • Akhirnya, Amin berjaya mendapatkan wang yang mencukupi untuk menghantar adik-adiknya ke sekolah
Over 13 Million Storyboards Created
Storyboard That Family