komik
Updated: 7/3/2020
komik
This storyboard was created with StoryboardThat.com

Storyboard Text

  • Selamat pagi pelajar-pelajar. Tajuk pembelajaran kita hari ini ialah perjuangan Dr. Burhanuddin dalam politik.
  • Waa! cikgu, Dr.Burhanuddin digelar sebagai Dr.BAH kan?
  • Ya,Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang tokoh politik Melayu yang berkecimpung di arena politik negara ini selama lebih kurang tiga puluh tahun (1930-1960). Pejuang kemerdekaan yang secara konsisten menentang penjajahan dan berjuang untuk penubuhan negara yang bersatu.Falsafah itu diperjuangkannya melalui Konsep Melayu Raya sebagai suatu cara bagi orang Melayu bersatu menjadi kuat dengan bergabung dengan semua keturunan Melayu Nusantara. Beliau telah menganggotai KMM (Kesatuan Melayu Muda), memimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council for Joint Action (PUTERA-AMCJA), menganjurkan penubuhan Parti Rakyat Malaya (PRM) dan akhirnya memimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS).
  • Cikgu,nampaknya Dr.BAH merupakan pejuang politik yang berwibawa. Apakah latar belakang beliau?
  • Nama penuhnya ialah Amir Burhanuddin Ungku Muhammad Nor dan dilahirkan di Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak pada tahun 1911. Dr Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga darjah tiga. Beliau juga menceburkan diri ke dalam bidang penulisan dengan menerbitkan sejenis akhbar mingguan bernama Berita Minggu yang menyiarkan berita-berita di dalam dan di sekitar kampungnya. Pada tahun 1928, beliau seterusnya menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang sastera dan falsafah di Muhammadan Anglo-Indian College di Aligarh, India yan gkemudiannya dikenali sebagai Aligarh Muslim University. Beliau mengikuti ergerakan Mahatma Ghandi dan juga berkenalan dengan Mohd. Ali Jinnah danPandit Nehru. Dr BAH memperoleh kelulusan Doctor of Naturopathy daripada Schoolof Naturopathy, London.
  • KESIMPULANDi dalam menuntut kemerdekaan, misalnya, beliau menentang penjajah British habis-habisan;manakala pemimpin-pemimpin UMNO memilih satu strategi bertolak-ansur dengan pihak British. Ciri-cin perjuangan Dr. Burhanuddin yang disebutkan ini, di samping peranannya sebagai pemimpin PAS dan ahli Parlimen selepas merdeka, sesungguhnya menempatkan beliau sebagai salah seorang tokoh pejuang dan pemikir politik yang terkemuka di negara.
Over 14 Million Storyboards Created
Storyboard That Family