Kenapa Saya Jadi Ahli Fisioterapi?

Kenapa Saya Jadi Ahli Fisioterapi?

Storyboard Description

Ini kisah benar Lee Nean Hua.

Storyboard Text

  • Sewaktu kecil, ibu saya takut anak-anaknya ketagih menonton kartun. Jadi, saya banyak didedahkan kepada rancangan dokumentari. Saya sangat terpesona dengan fungsi doktor tanpa sempadan di medan perang dan zon bencana alam.
  • Keadaan persekitaran mungkin kucar-kacir dan mencemaskan. Namun, seorang doktor tanpa sempadan masih boleh tenang membantu orang lain, menggunakan sepenuh kudratnya, dengan kepakaran dan pengetahuan perubatan.
  • Bagi saya, mereka adalah wira ulung yang pandai menyelesaikan segala macam masalah, dengan cepat dan tangkas. Justeru itu, sejak tadika saya memasang cita-cita untuk menjadi seorang doktor, pakar dalam bidang kecemasan. 
  • Walaupun saya rajin belajar, keputusan SPM saya kurang memberangsangkan. Keadaan kewangan keluarga saya juga tidak begitu baik. Masa itu, jauh di sudut hati, saya tetap mahu menjadi seorang yang berkhidmat dalam bidang perubatan.
  • Saya berhempas-pulas melakukan penyelidikan pakai internet, menyelami profesion perubatan selain doktor. Selepas berpeluang berbual-bual dengan seorang ahli fisioterapi, saya jumpa apa yang dicari.
  • Saya membuat keputusan untuk menjadi seorang ahli fisioterapi, sesuatu yang tidak pernah disesali. Saya bangga menjadi seorang ahli fisioterapi. Inilah kerjaya seumur hidup saya, selagi anggota badan saya mampu menolong orang lain.
Over 20 Million Storyboards Created
Storyboard That Family