Søg

Unknown Story

Kopier dette storyboard
Unknown Story

Storyboard Tekst

  • Laila dan Qais merupakan pasangan kekasih yang belajar bersama-sama dari sekolah rendah sehingga melanjutkan ijazah sarjana muda di tempat yang sama. Mereka tidak pernah berpisah antara satu sama lain. Kemudian, Laila telah mendapat peluang pekerjaan menjadi Cikgu, manakala Qais mendapat tawaran untuk melanjutkan Ijazah Sarjana di Jordan. Qais menerima tawaran tersebut. Laila memberi semangat kepada Qais.
  • Qais, belajar elok-elok di sana. Jangan lupakan saya di sini. saya akan sentiasa tunggu awak. Ingat janji kita tau!
  • Sayang, saya tidak akan lupakan awak. Saya ingat janji kita. Awak tunggu saya 3 tahun tau. nanti saya akan balik ke sini dan berkahwin dengan awak.
  • Pertama kali mereka berjauhan untuk tempoh yang lama iaitu 3 tahun. Selepas Laila menghantar Qais di Lapangan Terbang, Laila terus pulang dalam keadaan yang sangat sedih. Laila merasa bahawa berjauhan ini merupakan sesuatu yang sangat perit untuk dialami. Begitu juga Qais yang mula sedih dan rindukan kekasih hatinya iaitu Laila. Qais melanjutkan Ijazah Sarjana disebabkan permintaan ibu bapanya.
  • 2 tahun kemudian. Setiap hari Laila memikirkan keberadaan Qais di sana. Segala persoalan mula timbul di pemikiran Laila. Adakah Qais masih setia dengannya? atau Qais sudah jatuh hati dengan perempuan Lain? . Laila cuba memujuk hatinya supaya tidak terus memikirkan perkara yang tidak baik. Laila juga mempunyai jiran baru yang bernama Ziyad. Ziyad selalu membuatkan Laila senyum. Hubungan mereka mula akrab sebagai kawan baik sahaja. Laila masih setia dengan Qais
  •  kesian Laila, aku sedih melihatnya sebegini.
  • Alangkah indahnya kalau Qais berada di sini. 
  • Qais sudah pulang ke Malaysia tetapi Qais merahsiakan daripada Laila kerana dia ingin membuat kejutan kepada Laila. Kawan Qais yang bernama Amir itu memberitahu tentang hubungan Laila dengan Ziyad. Amir menfitnah Laila dengan niat untuk menghancurkan hubungan Qais dan Laila. Sejak dahulu lagi, Amir cemburu dengan percintaan Qais dan Laila. Amir amat berasa puas hati kerana Qais mempercayai kata-katanya. Qais sangat marah dan terus menuju ke kawasan rumah Laila.
  • Betul ke apa yang kau kata? Ishh, Tergamaknya Laila ! Aku ni setia untuk dia tapi ini balasan yang aku dapat.
  • Qais, aku nak bagitahu sesuatu. Sebenarnya laila sudah ada hubungan dengan lelaki lain iaitu Ziyad, jiran baru Laila. laila juga sudah berzina dengan lelaki itu.
  • Laila yang baru pulang dari pasar. Beliau sangat terkejut kehadiran Qais di hadapannya. Perasaan Teruja dan rindu itu menjadi Sedih kerana Qais datang kepadanya dalam keadaan sangat marah dan memaki hamun. Laila sangat terkejut tuduhan yang dikatakan oleh Qais. Segala tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Qais terus meninggalkan Laila. Perasaan Laila ketika itu amat sedih kerana Qais langsung tidah mahu mendengar penjelasan Laila. Kepercayaan yang dibina antara mereka hancur dengan kata-kata orang ketiga.
  • Laila! berani kau tipu aku yee! kau memang perempuan tak sedar diri. Hubungan kita ni memang sia-sia! menyesal aku kenal kau!
  • Ya Allah Qais, Apa yang awak kata ni. Saya tidak buat apa-apa. Ini semua fitnah. Saya dekat sini setia dengan awak. Jangan macam ni Qais
  • Sejak itu, Laila mengalami tekanan dan kemurungan yang terlampau sehingga mengakibatkan dirinya jatuh sakit. Laila juga didapati menghidap penyakit Kanser tulang stage 4. Laila amat terasa hati dengan Qais. Setiap kata-kata kesat Qais itu sering didengar dan bermain di pemikiran Laila. Lalu, Laila meninggal dunia di Hospital. Laila meninggalkan sepucuk surat untuk Qais. Surat itu luahan hati Laila dan kebenaran untuk membersihkan namanya dari fitnah.Qais mendapat berita tentang kematian Laila. Qais juga menerima surat yang ditulis oleh Laila. Selepas membaca surat itu, Qais berasa amat kesal dan merana seumur hidup. "jangan mudah mempercayai seseorang dengan begitu mudah, siasatlah dahulu sebelum menghukum seseorang kerana takut nanti badan sendiri yang binasa"
  • Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat Laila ! banyaknye kesalahan aku terhadap Laila.
Over 40 millioner storyboards skabt
Ingen Downloads, Intet Kreditkort og Intet Login Nødvendigt for at Prøve!
Storyboard That Familie