Saya adalah Adrian Lee, iaitu penghulu kampung Taman Perlis. Kebelakangan ini, saya mendapat berita Taman Perlis dikaitkan dengan kes demam denggi yang tinggi.
Saya adalah Weiyi, seorang penghuni yang tinggal di Taman Perlis. Saya telah tinggal di Taman Perlis selama 20 tahun serta menjalin hubungan baik dengan penghulu kampung.
Kebelakangan saya mendapat berita bahawa kes-kes demam denggi di Taman Perlis semakin hari semakin meningkat dan saya juga menerima banyak aduan dari jiran-jiran kita terhadap perkara ini.
Ya Adrian, saya juga mendengar jian-jiran kita sering bercakap tentang perkara ini. Perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak, kita semua akan berada dalam keadaan yang berbahaya.
Saya sebagai penghulu kampung ini, amat memandang serius terhadap perkara ini. Saya telah mula memikirkan cara untuk mengatasi. Weiyi, boleh tak tolong menyebarkan mesej pencegahan nyamuk aedes tersebut kepada semua penduduk kita ini.
Baik Adrian. Macam mana nak buat? Perlukah saya buatkan satu infographic ataupun poster yang berkaitan dengan pencegahan nyamuk aedes?
Boleh juga, tapi saya rasa boleh buatkan satu PSA yang berkaitan cara untuk mencegahkan nyamuk aedes.
PSA? Apa itu, saya tidak berapa faham terhadap ini.
PSA ialah pesanan khidmat masyarakat atau lebih dikenali sebagai public service announcement bertujuan untuk menyampai mesej untuk kepentingan awam yang disebarkan oleh media tanpa sebarang bayaran untuk meningkatkan kesedaran awam dan mengubah tingkah laku masyarakat. saya rasa melakukan PSA adalah lebih berkesan dan cepat untuk menyebarkan mesej kepada setiap penghuni.
Oh begitu, jadi apa kandungan yang perlu saya masukkan dalam psa?
Over 40 millioner storyboards skabt
Ingen Downloads, Intet Kreditkort og Intet Login Nødvendigt for at Prøve!