Suche

VISIT KELANTAN 2025: KEBUDAYAAN

Kopieren Sie dieses Storyboard
VISIT KELANTAN 2025: KEBUDAYAAN

Storyboard-Text

  • Gleiten: 1
  • PERBINCANGAN MENGENAI VISIT KELANTAN
  • Hahh sambil2 tu boleh la kita buat projek video visit kelantan dengan masukkan mereka sebagai pelancong dalam video projek kita
  • Guys, nanti esok sofia, izzah dan afiq diorang nak datang melawat kelantan...
  • “Betul tu, kita boleh kenalkan budaya, makanan tradisi negeri kelantan kita ni yang penuh warisan pada diorang.”
  • Hana, Husna dan Nasya berbincang mengenai rakan mereka yang ingin datang melawat ke kelantan dan mereka mengambil peluang tersebut untuk mereka mengenalkan tradisi budaya Kelantan kepada rakan mereka yang dari negeri lain.
  • Gleiten: 2
  • LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA
  • ok jom kitaorang bawak korang pergi makan dan jalan-jalan sambil kenalkan budaya dan tradisi negeri kelantan
  • Khabar baik...
  • Hai sofia, izzah dan afiq!!! alhamdulilah korang dah selamat mendarat..
  • Syukur alhamdulilah, korang apa khabar?
  • Esoknya, mereka bertiga pergi ke lapangan terbang untuk menjemput rakan mereka yang baru tiba dan mengajak mereka pergi makan serta jalan-jalan ke tempat yang menarik di kelantan.
  • Gleiten: 3
  • RESTORAN NASI ULAM CIKGU
  • inilah dia! Nasi Ulam Cikgu tu!” Sini memang terkenal dengan ulam-ulaman segar dan lauk tradisi Kelantan.
  • Tak sabar kitaorang nak makan.
  • Mereka semua tiba di restoran Nasi Ulam Cikgu. Hana dan Nasya memperkenalkan salah satu makanan tradisi Kelantan yang popular di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Di sini, hidangannya lebih berfokus pada ulam-ulaman segar, aneka budu, sambal serta lauk pauk seperti ayam goreng, ikan singgang, ikan bakar dan kerabu pelbagai jenis.
  • Gleiten: 4
  • MUZIUM KELANTAN
  • Selamat datang ke Muzium Negeri Kelantan. Kat sini, korang boleh lihat pelbagai artifak tradisional dan sejarah negeri ini.”
  • “Wah, muzium ni besar dan penuh sejarah! Banyak benda kita boleh belajar.”
  • Hana menerangkan tentang sejarah dan artifak tradisional kepada Sofia dan Izzah untuk mereka mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah negeri kelantan.
  • Gleiten: 5
  • PASAR SITI KHADIJAH
  • “Wow! Ramainya orang. Warna pasar ni pun meriah betul!”. ramai peniaga sini semuanya wanita!”
  • Inilah Pasar Siti Khadijah, antara mercu tanda utama di Kota Bharu.”
  • Tu sebab nama dia ‘Siti Khadijah’ lambang kekuatan dan semangat wanita Kelantan.”
  • Selepas itu, mereka semua bergerak ke pasar siti khadijah. Nasyamenerangkan bahawa disini mercu tanda terkenal yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Kelantan. Pasar yang kelihatan meriah dengan banyak gerai dan suara para peniaga yang ramah menyapa pelanggan.
  • Gleiten: 6
  • KUIH-MUIH DAN MAKANAN TRADISIONAL
  • Kat sini ada pelbagai jenis aneka kuih seoerti kuih akok, tepung pelita, kuih seri muka dan banyak lagi. Ada juga nasi dagang, nasi tumpang dan laksam...korang cuba la rasa..
  • Wah, banyak betul kuih-muih dan makanan lain! macam-macam ada. Semuanya nampak sedap!
  • Hana menerangkan bahawa di sinilah tempat yang paling digemari pengunjung kerana menawarkan pelbagai jenis aneka kuih-muih dan makanan tradisional.
  • Gleiten: 7
  • KAIN BATIK DI PASAR SITI KHADIJAH
  • Menarik betul budaya batik Kelantan ni. Lepas ni kami nak beli sehelai sebagai kenangan!
  • Batik Kelantan terkenal dengan corak bunga dan warna yang cerah. Ada yang dicanting, ada juga yang dilukis tangan.
  • Di tingkat atas pasar, terdapat pelbagai jenis kain batik hasil tangan pengusaha tempatan yang mempamerkan corak tradisional serta gabungan warna yang menarik.
  • Gleiten: 8
  • KAMPUNG KRAFTANGAN
  • Dekat Kampung Kraftangan Kelantan, kita boleh tengok demonstrasi membuat batik, anyaman, dan ukiran kayu. Semuanya hasil tangan orang tempatan.
  • Wow, cantiknya tempat ni! penuh dengan warna dan ukiran tradisional.
  • Selepas itu, mereka semua pergi melawat Kampung Kraftangan Kelantan, destinasi pelancongan budaya yang terkenal di Kota Bharu. Husna memperkenalkan sejarah Kampung Kraftangan dan menjelaskan bagaimana tempat ini menjadi pusat penghasilan seni warisan Kelantan seperti batik, tenunan songket, ukiran kayu, dan anyaman.
  • Gleiten: 9
  • GELANGGANG SENI
  • Wah, meriah sungguh! Bunyi gendang tu kuat betul, rasa semangat bila dengar.
  • Inilah dia Gelanggang Seni Kelantan. Tempat ni memang pusat persembahan budaya dan tradisi negeri Kelantan...
  • Gelanggang Seni ini menjadi tarikan utama pelancong, setiap minggu ada persembahan budaya yang berbeza!
  • Selepas lawatan ke Kampung Kraftangan, mereka semua bergerak ke Gelanggang Seni Kelantan. Tempat ini menjadi pusat persembahan seni tradisional yang sering dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan.
  • Gleiten: 10
  • MASJID MUHAMMADI
  • Selamat datang ke Masjid Muhammadi. Ini masjid utama dan bersejarah di negeri Kelantan.
  • Wah, cantik seni bina masjid ni.
  • Wau ni bukan sekadar mainan. Ia simbol kreativiti dan budaya Kelantan yang diwarisi dari generasi ke generasi.”
  • Seterusnya, mereka melawat Masjid Muhammadi. Husna berkongsi maklumat tentang sejarah dan kepentingan masjid tersebut kepada rakan mereka.
  • Gleiten: 11
  • SEJARAH DAN KEUNIKAN MASJID MUHAMMADI
  • Saya suka suasana dalam masjid ni. Tenang dan sangat bersih.
  • Masjid Muhammadi bukan saja tempat ibadah, tapi juga pusat aktiviti keagamaan dan pendidikan Islam.
  • Sekeliling Masjid Muhammadi menampilkan reka bentuk klasik dan kemasan seni bina yang mencerminkan keindahan seni Islam.
  • Gleiten: 12
  • PENUTUP
  • Terima kasih hana, husna dan nasya atas pengalaman yang indah ni. Kelantan memang berbaloi untuk dilawati! insyallah kalau ada rezeki kami bertiga datang lagi.
  • Sama-sama korang, ini dah jadi tanggungjawab kitaorang untuk bawak korang kenal dengan budaya, makanan dan tradisi kelantan.. Mari kita terus hargai warisan budaya dan alam kita.
  • Hari ni kita dah jelajah banyak tempat menarik di Kelantan. Jadi apa korang rasa?
  • Di bahagian akhir, mereka semua meluahkan rasa gembira serta penghargaan terhadap budaya dan tradisi negeri Kelantan yang telah mereka lawati dari awal sampai habis. Ia menggambarkan semangat Visit Kelantan pada diri mereka semua.
  • Gleiten: 0
  • “Tengok alat muzik tradisional ni, macam rebab dan gendang. Dulu orang Kelantan guna untuk hiburan dan upacara adat.”
  • cantiknya corak batik ni! Semua warna nampak lembut dan menarik.
  • Dekat hujung sana ada kedai kecil. Selain batik, ada juga keychain, wau, dan songket tenunan tangan untuk korang beli.
Mehr als 40 Millionen Storyboards erstellt
Keine Downloads, Keine Kreditkarte und Kein Login zum Ausprobieren Erforderlich!
Storyboard That Familie