Suche

Unknown Story

Kopieren Sie dieses Storyboard
Unknown Story

Storyboard-Text

  • Alif berasa bersyukur apabila memandanfg kei arah sawah padinya yang sedang menguning. Dia teringat kenangan bersama arwah ayahnya di tempat yang sama dahulu. Ayahnya memberitahu bahawa mereka akan menuai emas itu tidak lama lagi. Alif juga bersyukur kerana usahanya selamanya ini mendapat sokongan yang padu daripada emaknya.
  • Alif bertemu dengan Tok Ketua danbertanya tentang bila jentera menuai padi akan sampai untuk menuai hasil padi mereka.Tok ketua berbangga dengan hasil usaha yang dilakukan oleh anak muda seperti Alif. Alif tersenyum dan mengatakan yang inilah hasil jika berbudi pada tanah.
  • Alif teringat peristiwa tahun lalu apabila tanah petak sawahnya menjadi konflik.Semua pemilik tanah sawah setuju untuk menjual kepada pemaju kecuali tanah sawah Alif. Abang Man yang bertindak sebagai ketua berusaha untuk menunjuk Alif dan Mak Wan untuk menjual saja tanah sawah itu.
  • Semasa perbincangan itu, telah berlaku sedikit pergaduhan apabila Abang Man telah menyentuh hal peribadi Alif. Abang Man telah menuduh Alif tidak lulus universiti. Oleh sebab itu lah dia tidak mahu menjual tanah sawah itu. Tuduhan tersebut telah mennguris hati Mak Wan.
  • Alif memberitahu ibunya yang dia bukan menolak pembangunan tetapi mahu mengusahakan sawah melalui teknologi moden.Mak Wan bersetuju dengan Alif. Alif bertekad untuk mempertahankan tanah sawahnya walaupun terpaksa berdepan dengan Abang Man. Alif yakin terdapat beberapa orang tuan tanah yang masih bersikap tunggu dan lihat seperti Pak Nik, Tok Ketua dan Mak Lang Munah.
  • Alif teringat ketika dia berbual dengan pegawai pertanian, beberapa kebaikan dari benih padi baru telah diberitahu oleh pegawai tersebut iaitu kebal dari racun rumpai, menjimatkan penggunaan air dan dapat mencegah masalah perosak utama iaitu siput gondang emas. Dengan kaedah moden tuaian padi tidak seperti dahulu lagi. Proses penuaian dengan jentera tuai akan mengambil masa yang singkat.
Mehr als 40 Millionen Storyboards erstellt
Keine Downloads, Keine Kreditkarte und Kein Login zum Ausprobieren Erforderlich!
Storyboard That Familie