Wah, semuanya kelihatan segar! Sebentar, saya pilih.
Terima kasih, saya jual!
Eh, Kak Aishah! Tidak sangka kita akan berjumpa di sini.
Lina! Marilah kita ke restoran berdekatan. Sudah lama kita tidak berbual panjang.
Sama-sama. Saya beli, ya.
Aina apa khabar? Sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Rindu pula saya.
Dia baik-baik sahaja, Lina. Selalu juga dia mengajak saya membawanya berjumpa kamu.
Oh, ya ke? Ada kelapangan masa nanti saya akan berkunjung ke rumah akak.
Oh ya, jiran sebelah rumah akak Neeta ya? Saya berkenan betul dengan sikap dia, kak. Baik orangnya. Haritu saya ternampak akak dan Aina naik kereta dia. Kalian sudah rapat?
Tidaklah, dia hanya menghantar saya ke klinik. Saya sakit perut tempoh hari. Sebenarnya saya kurang berminat untuk berkenalan dengan orang berbangsa India.
Eh, kenapa begitu pula? Bukankah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu bersatu padu? Akak tidak boleh begini. Kita seharusnya melayan mereka sama rata tanpa membeza-bezakan kaum!
Saya harap akak dapat berfikir baik-baik. Bangsa tidak akan pernah menjadi sekatan untuk kita bersatu padu.
Saya... Huh, saya tidak tahu. Saya cuma rasa kurang selesa setiap kali dia mengajak saya berbual.
Baiklah, saya minta diri dahulu. Ada kelapangan, kita berjumpa lagi.
Baiklah, terima kasih atas nasihat kamu, Lina.
Mehr als 40 Millionen Storyboards erstellt
Keine Downloads, Keine Kreditkarte und Kein Login zum Ausprobieren Erforderlich!