Mengubah suai baju lama menjadi baju baharu mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu membeli baju baharu. Selain itu, cara ini juga dapat mengurangkan pembaziran kerana baju lama yang tidak digunakan masih boleh dihias dan dipakai semula. Seterusnya, aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti seseorang kerana kita boleh menambah lukisan, jahitan atau hiasan mengikut minat sendiri. Di samping itu, baju yang diubah suai akan menghasilkan gaya yang unik dan berbeza daripada pakaian lain. Akhir sekali, baju tersebut juga boleh dijual semula kepada orang lain untuk menjana pendapatan. Oleh itu, mengubah suai baju lama merupakan langkah yang bijak dan bermanfaat.
Kebaikan
Deslizar: 2
Kesimpulannya, projek kitar semula baju lama dengan menambah corak merupakan satu idea yang kreatif dan bermanfaat. Melalui projek ini, baju lama dapat digunakan semula dan dijadikan lebih menarik serta bernilai. Selain itu, usaha ini juga membantu mengurangkan pembaziran pakaian dan menyokong penjagaan alam sekitar. Projek ini turut menunjukkan bahawa bahan terpakai masih boleh dimanfaatkan dengan cara yang kreatif, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
Kesimpulan
Deslizar: 3
Cara melihat video kami boleh tengok di platform media social kami di:Email:ecovibe2026@gmail.com Ig:Ecowearstylish Tiktok:@ecovibe.wear Youtube:Ecovibe Wear
Cara menonton video
Más de 40 millones de guiones gráficos creados
¡Sin Descargas, sin Tarjeta de Crédito y sin Necesidad de Iniciar Sesión Para Probar!