לחפש

Angan Mabrurku

העתק את לוח התכנון הזה
Angan Mabrurku

טקסט Storyboard

  • שקופית: 1
  • Pak Cik Adam ialah seorang petani rajin yang mengusahakan sawah padi peninggalan keluarganya. Setiap pagi, beliau turun ke bendang untuk memeriksa tanaman dan mengawal paras air. Walaupun sudah berusia, semangatnya tidak pernah luntur dalam memastikan hasil padinya subur.
  • שקופית: 2
  • Anak Pak Cik Adam yang bekerja di luar negara sebagai operator di stesen kereta api menelefon ayahnya pada petang itu. Mereka berbual mesra tentang kehidupan masing-masing dan keadaan sawah di kampung. Pak Cik Adam gembira mendengar suara anaknya walaupun jauh di perantauan. Rindu di hati sedikit terubat dengan panggilan itu.
  • שקופית: 3
  • Mai, kawan Fahim, datang menghantar kuih yang dikirim ibunya. Dia disambut mesra oleh Pak Cik Adam.
  • שקופית: 4
  • Pak Cik Adam menunjukkan mesej tawaran haji murah kepada Fahim. Fahim teruja kerana laman web itu kelihatan rasmi, tetapi Mai mengingatkan supaya berhati-hati dengan penipuan dalam talian.
  • שקופית: 5
  • Mereka berbincang tentang tawaran haji ekspres. Fahim sudah membayar deposit melalui QR code tanpa menyemak kesahihan laman web. Mai menasihatkan agar semak URL sebelum membuat pembayaran.
  • שקופית: 6
  • Dalam ceramah , penceramah menasihatkan agar berhati-hati dengan laman palsu dan penipuan teknologi. Fahim mula risau bila tidak dapat menghubungi ‘agen haji’.
  • שקופית: 7
  • Pak Cik Adam bersiap untuk berlepas menunaikan haji. Namun, bila mereka menyemak di kaunter, nama Adam tiada dalam senarai. Mereka menyedari telah ditipu oleh scammer.
  • שקופית: 8
  • Mai menasihatkan Fahim tentang kepentingan ilmu dan akidah dalam penggunaan teknologi. Aimi dan Fahim mula insaf dan bertekad untuk bertindak.
  • שקופית: 9
  • Fahim mengambil keputusan untuk membuat laporan polis tentang penipuan yang berlaku.
  • שקופית: 10
  • imbasan kembali situasi dimana aimi cuba untuk menipu orang orang yg berminat dengan haji melalui link wasap.
  • שקופית: 11
  • aimi akhirnya ditangkap atas kesalahan yang dia lakukan dan dipaksa untuk membuat pengakuan di hadapan pihak polis
  • שקופית: 12
  • Polis memaklumkan bahawa suspek telah dikenal pasti. Adam menasihatkan agar mereka mengambil pengajaran dan menggunakan teknologi dengan beretika, selaras dengan undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia.

ייחוס תמונה

  • 2165758 - Quang Nguyen Vinh - (רישיון Free To Use / No Attribution Required / See https://www.pexels.com/license/ for what is not allowed )
מעל 40 מיליון לוחות סטוריבורד נוצרו
אין הורדות, אין כרטיס אשראי ואין צורך בכניסה כדי לנסות!
Storyboard That Family