Contoh kedua pula, beberapa keluarga sedang berkumpul di sebuah rumah secara serentak. Ibu bapa dan anak remaja mereka saling rancak berborak sesama mereka.
Namun, mereka tidak sedar yang anak-anak kecil mereka tidak diawasi dengan baik. Kanak-kanak kecil mempunyai banyak kecurigaan tentang persekitaran baru.
Ini bilik siapa?
Ini bilik Abang Zafri.
Abang Zafri ada hal di luar, malam nanti baru dia balik.
Abang Zafri pergi mana?
Agak-agak ada apa dalam bilik Abang Zafri ni?
Tapi ada juga yang nakal.
Ala, sekejap saja. Bukannya kita nak mencuri.
Jom lah kita tengok ada apa dalam bilik dia.
Aku tak kira, aku nak masuk jugak.
Tak boleh! Nanti dia marah!
Tapi itu tetap satu larangan!
Betul tu, tiada siapa suka orang masuk bilik mereka.
Habislah aku! Mesti Abang Zafri marah aku nanti. Lebih baik aku lari dulu.
Anak-anak yang nakal akan mula mencerobohi bilik-bilik di rumah tuan rumah tanpa pengawasan ibubapa mereka.
Eh! Jangan sentuh!
Hahahaha! Apalah Abang Zafri ni. Dah besar pun simpan mainan lagi.
Wahh! Banyaknya robot dan kereta mainan dia!
Mari kita tengok satu.
Sudahlah mencerobohi bilik keluarga mereka, ada pula yang mengusik barang-barang mereka dan tidak mahu menyusunnya semula.
Tenang saja, nanti aku letaklah balik.
Eh! Robot tu jatuh! Baik kau angkat balik!
Ala, kau ni nanti kita buat tak tau saja. Tuan biliknya tidak ada di sini. Kita senyap-senyap keluar saja, tiada siapa akan tahu.
Letak balik? Kau bukannya sampai pun nak letak balik.
Mari kita tengok kereta pula.
Oleh itu, pengawasan ibubapa amatlah penting supaya anak-anak mereka tidak mencerobohi bilik tuan rumah ketika menziarah.
Kasihan juga pada tuan bilik bila pulang ke rumah dengan biliknya yang bersepah. Seharusnya bilik-bilik di rumah dikunci untuk menjaga privasi keluarga tuan rumah dan bagi mengelakkan kejadian seperti dalam contoh ini berlaku.
A..Aina mintak maaf, bang. Tadi anak Mak Long, Hanafi berkeras nak masuk bilik abang,
Aina! Kenapa bilik abang bersepah ni? Bukan ke abang dah pesan jangan sesekali masuk bilik abang!
Aina dah cuba larang tapi dia memang degil tak mahu dengar arahan.
Kenapa tak halang si Hanafi tu? Habis rosak semua koleksi abang! Barang-barang ni bukannya murah!
Yli 40 miljoonaa luotua kuvakäsikirjoitusta
Ei Latauksia, ei Luottokorttia ja ei Vaadi Kirjautumista Kokeilemiseen!