Ricerca

Unknown Story

Copia questo Storyboard
Unknown Story

Testo Storyboard

  • Contoh kedua pula, beberapa keluarga sedang berkumpul di sebuah rumah secara serentak. Ibu bapa dan anak remaja mereka saling rancak berborak sesama mereka.
  • Namun, mereka tidak sedar yang anak-anak kecil mereka tidak diawasi dengan baik. Kanak-kanak kecil mempunyai banyak kecurigaan tentang persekitaran baru.
  • Ini bilik siapa?
  • Ini bilik Abang Zafri.
  • Abang Zafri ada hal di luar, malam nanti baru dia balik.
  • Abang Zafri pergi mana?
  • Agak-agak ada apa dalam bilik Abang Zafri ni?
  • Tapi ada juga yang nakal.
  • Ala, sekejap saja. Bukannya kita nak mencuri.
  • Jom lah kita tengok ada apa dalam bilik dia.
  • Aku tak kira, aku nak masuk jugak.
  • Tak boleh! Nanti dia marah!
  • Tapi itu tetap satu larangan!
  • Betul tu, tiada siapa suka orang masuk bilik mereka.
  • Habislah aku! Mesti Abang Zafri marah aku nanti. Lebih baik aku lari dulu.
  • Anak-anak yang nakal akan mula mencerobohi bilik-bilik di rumah tuan rumah tanpa pengawasan ibubapa mereka.
  • Eh! Jangan sentuh!
  • Hahahaha! Apalah Abang Zafri ni. Dah besar pun simpan mainan lagi.
  • Wahh! Banyaknya robot dan kereta mainan dia!
  • Mari kita tengok satu.
  • Sudahlah mencerobohi bilik keluarga mereka, ada pula yang mengusik barang-barang mereka dan tidak mahu menyusunnya semula.
  • Tenang saja, nanti aku letaklah balik.
  • Eh! Robot tu jatuh! Baik kau angkat balik!
  • Ala, kau ni nanti kita buat tak tau saja. Tuan biliknya tidak ada di sini. Kita senyap-senyap keluar saja, tiada siapa akan tahu.
  • Letak balik? Kau bukannya sampai pun nak letak balik.
  • Mari kita tengok kereta pula.
  • Oleh itu, pengawasan ibubapa amatlah penting supaya anak-anak mereka tidak mencerobohi bilik tuan rumah ketika menziarah.
  • Kasihan juga pada tuan bilik bila pulang ke rumah dengan biliknya yang bersepah. Seharusnya bilik-bilik di rumah dikunci untuk menjaga privasi keluarga tuan rumah dan bagi mengelakkan kejadian seperti dalam contoh ini berlaku.
  • A..Aina mintak maaf, bang. Tadi anak Mak Long, Hanafi berkeras nak masuk bilik abang,
  • Aina! Kenapa bilik abang bersepah ni? Bukan ke abang dah pesan jangan sesekali masuk bilik abang!
  • Aina dah cuba larang tapi dia memang degil tak mahu dengar arahan.
  • Kenapa tak halang si Hanafi tu? Habis rosak semua koleksi abang! Barang-barang ni bukannya murah!
Oltre 40 milioni di storyboard creati
Nessun Download, Nessuna Carta di Credito e Nessun Accesso Necessario per Provare!
Storyboard That Family