Ada satu contoh di mana sebuah keluarga tiba-tiba sahaja datang ke rumah saudara mereka tanpa menelefon mereka dahulu.
Tak sabar nak dapat duit raya dari Pak Su.
Assalamualaikum!
Menurut apa yang rakan Ayah pernah beritahu, menziarah sesebuah keluarga secara tiba-tiba sudah menjadi adat sejak dahulu lagi, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kampung.
Kak Long? Apa yang Kak Long buat di sini?
Akak datang hari ini sebab nak beraya di rumah kamu lah.
Namun, adat seperti ini bercanggah dengan apa yang diajar oleh Islam. Dan juga agak kekok untuk mereka yang tinggal di bandar dan tidak biasa dengan adat ini.
Seeloknya bagi kami masuk dahulu, Danial haus ni.
Kenapa Kak Long tak telefon dahulu? Kami sebenarnya mahu pergi menziarah saudara lain hari ini.
Eh, buat apa nak telefon. Kan sekarang ni memang musim menziarah.
Ala.. apa salahnya, kita dah lama tak datang rumah dia sejak PKP bermula dulu.
Seeloknya Kak Long kena hubungi saya dahulu supaya saya boleh rancang hari saya dan keluarga saya.
Duit raya, duit raya!
Abang Long minta maaf ya sebab datang tiba-tiba. Kak Long kamu ni ha bersungguh mahu datang ke rumah kamu.
Ala kamu ni, dengan kakak sendiri pun nak berkira. Bukannya kita selalu jumpa!
Tak dapat lah aku dan keluarga aku nak menziarah rumah sepupu aku.
Tapi Kak Long kena fikirkan juga kami sekeluarga pun ada perancangan kami sendiri.
Tidak salah jika mahu menziarah. Namun, kita seharusnya menelefon dahulu tuan rumah sebelum menziarah supaya tuan rumah dapat bersedia untuk menerima tetamu dengan selesa.
Nampaknya kita kena tangguhkan sebab Mak Long kamu dah sampai sini dulu. Elok lah kamu tolong ibu hidangkan juadah untuk tetamu kita.
Ibu, kita tak jadi nak menziarah sepupu ibu ke?
Hmm... kesiannya ibu kelam kabut memasak juadah untuk tetamu.