MEDIUM SHOT: RAZEEN BERJALAN MASUK KE DALAM KERETA
CLOSE UP DALAM KERETA
RAZEENAssalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan menunjukkan kepada anda beberapa langkah asas yang boleh anda lakukan sebagai pemandu kereta untuk meningkatkan keselamatan anda di atas jalan raya.
MEDIUM SHOT: RAZEEN DI DALAM KERETA
Baik, benda pertama yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perjalanan anda ialah, memastikan kedudukan kerusi anda adalah di posisi yang selesa. Jika anda selesa ketika memandu maka anda akan lebih perihatin terhadap jalan raya ketika memandu.
CLOSE UP TALI PINGGANG DALAM KERETA
Razeen mengubah kedudukan kerusi ke keadaan yang lebih selesa.
MEDIUM SHOT: RAZEEN DI DLAM KERETA . SIANG
RAZEENSetelah anda mengubah posisi kerusi anda, pakailah tali pinggang anda.Tali pinggang di dalam kereta anda bukanlah untuk hiasan sahaja tau, jadi pakailah.
Razeen memakai tali pinggang keledar dalam kereta.
RAZEENBaik, sekarang anda bolehlah masukkan kunci kereta ke dalam lubang kunci dan pulas untuk menghidupkan kenderaan.