PEGAWAI , PENTERJEMAH , PENDAKWA RAYA , HAKIM , PEGUAM BELA , TERTUDUH I , TERTUDUH II
Pegawai meminta semua yang berada di dalam mahkamah untuk berdiri ketika hakim masuk. Setelah semua duduk, tertuduh 1 masuk ke dalam mahkamah dan mengangkat sumpah untuk memulakan perbicaraan. Bulat bin Leper dituduh telah menyebabkan kematian seorang nenek tua, Mek Teh binti Jali, 99 tahun, di Taman Gagak Putih pada 10 Januari 1988, antara jam 8:00 hingga 9:00 pagi. Setelah itu, tertuduh 1 tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan. Perbicaraan diteruskan selepas peguam percuma masuk untuk menjadi peguam bela. Mereka diberi masa seminit untuk melakukan rundingan.
Setelah masa yang diperuntukkan sudah tamat, pendakwa raya mula menanyakan soalan kepada tertuduh 1 tentang situasi di tempat kejadian. Tertuduh 1 mengaku yang dia telah memakan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku yang perbuatannya telah menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela menyatakan bahawa seekor kambing yang teramat kurus dan lapar lalu makan sisa buangan di dalam tong sampah yang rosak pintunya itu dengan rakusnya sehingga kulit pisang itu telah tercampak keluar ke jalan raya.
Pendakwa raya membantah hujah peguam bela. Tetapi, hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya kerana mengganggu hujah peguam bela. Setelah itu, peguam bela menyambung hujahnya dengan mengatakan nenek tua itu terpijak kulit pisang lalu terjatuh dan mati.Dengan itu, jelaslah Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela memohon mahkamah melepaskan tertuduh 1 daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja. Selepas meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah
Tertuduh II ( Akinomoto) dipanggil masuk dan mengangkat sumpah.Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami.Hakim menyuruh pegawai untuk memanggil penterjemah.Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawa Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi dari stor JKK Ulu Dungun.Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi.Pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menjelaskan bahasa Melayu. Setelah itu,Tertuduh II memahami kes tersebut.Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu
Namun begitu, dia menyatakan bahawa ibu beruk itu hamil dan tidak mahu mengembalikannya kepada yang berhak kerana dia ingin memelihara anaknya.Setelah hakim mempertibangkan kes tersebut,hakim memerintahkan Akinomoto untuk memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak.Sebagai dendanya, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga capai umur akil baligh dan dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.