Tengah melabur, tuan hakim ... tersalah makan colek kelubi.
Buah kelubi? Itu kan makanan beruang ...
Tapi saya jumpa dalam beg tuan.
Syyy ... teruskan sidang ...
Baiklah, yang arif.
Ya ... Akikino-komokotoko, apakah kamu faham akan tuduhan yang dikenakan atas kamu?
Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1998, telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JJK Ulu Dungun.
Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau ringkasnya Akinomoto ini tidak faham istilah beruk subsidi.
Pendakwa raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak difahami oleh Akinomoto.
Yang arif, adapun "beruk" itu menurut kamus The Advance Dictionary of The Modern English for the Malaysian World, terbitan Syarikat Cetak Rompak Sendirian Berhad ... adapun istilah "beruk" itu dapatlah diperincikan sebagai ...is a kind of animal which have a short tail, and the body full of "bulus", and like to eat bananas, and many people call ... monkey.
Adapun makna "subsidi" itu menurut kamus yang sama, muka surat 300, perenggan dua, baris lima dari bawah, dapatlah diperincikan sebagai maknanya ... is a subsidy ... that's all, ya tuan hakim.