Amat menyedihkan mereka turut mengadakan majlis jamuan pemisahan untuk bekas Pesuruhjaya Tinggi British...
Bekas Pesuruhjaya Tinggi British? Bukankah itu Sir Donald MacGillivray?
Petang itu juga beliau dan isteri berlepas ke England diikuti penghormatan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu...
Apa-apa pun, saya amat berbangga bahawa Malaysia memperoleh kemerdekaan melalui cara rundingan!
Saya setuju, Amina! Saya berharap pemuda generasi akan datang kekal menyanjungi tokoh nasionalis kita setelah mereka merasai kesejahteraan hari ini :)
Bukankah mereka sedang melantik jawatan seperti Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka? Setahu saya, mereka mulakan acara ini pada pukul 11 pagi di Balairong Seri, Istana Negara!!
Awak juga tahu, Mei, selepas Yang Di-Pertuan Agong mengangkat sumpah, mereka meluangkan selama 2 jam setengah untuk pelantikan jawatan!
Rakyat hidup bersatu dan maju~Rahmat bahgia Tuhan kurniakan~