Tertuduh II dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim meminta pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan.
Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk subsidi.
Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.
Akakuku taka fakahaka iskitikalaka berkeroko sukusikidiki.
Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah dalam Bahasa Inggeris. Akinomoto meminta menggunakan Bahasa Melayu.
Cakap... Cakap... apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?
Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-sikit, tuan.
Fakahaka cikikiki.
Akinomoto mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun Akinimoto ingin menyamapikan sesuatu.
Adapun Akinomoto berkata bahawa ibu beruk itu sudah pun hamil dan dia mahu beri balik ibu beruk itu dan mahu memelihara anaknya.
Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah mempertimbangkan dengan adik dan saksama, maka Akinomoto boleh memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak.
Sebagai dendanya, sehingga anak mencapai umur akil baligh, maka Akinomoto terpaksalah memanjat kelapa dengan anak beruk menjadi tuannya.