Alif merenung hasil titik peluhnya selama ini yang telah pun membuahkan hasil. Dia amat bersyukur kerana selama ini dia telah banyak bersabar dengan ujian yang ditimpanya.
Alhamdulillah, berkat kata-kata abah dan sokongan emak selama ni. Inilah ganjarannya apabila kita berbudi kepada tanah.
Insya-Allah, esok tuk.
Bila jentera tuai sampai ?
Tiba- tiba ...
Alif memutar kembali ingatannya untuk mempertahankan tanah tersebut. Abang Man dan beberapa penduduk kampung telah datang ke rumahnya untuk meminta Alif melepaskan tanah itu.
Macam ni lah, kamu baliklah dulu. Nanti Mak Wan bincang anak-beranak dengan Alif.
Mak, kalau mak nak lepaskan tanah tu Alif akan ikut. Alif tak sanggup dah nak tengok mak nangis macam ni lagi.
Alif juga telah meminta agar Pak Nik dan Mak Munah membatalkan hasrat mereka untuk menjual tanah tersebut.
Siapa suruh kamu lepaskan? Mak nak kamu pertahankan juga tanah tu.
Alif juga ingin melihat kemajuan seperti apa yang Abang Man katakan itu tetapi bukanlah kemajuan perumahan. Dia mempunyai suatu idea yang lebih bernas daripada itu. Alif mahu menyambung tugas ayahnya tetapi dengan kaedah yang lebih canggih.
Alif, jangan pandang rendah bidang ini. Pendapatannya amat berbaloi kerana awak sudah ada modal.
Puaslah hati kamu ya ! Semua tuan tanah sudah batalkan projek ini. Apa yang kamu mahu sebenarnya ?
Abang Man dan beberapa penduduk kampung datang ke rumah Alif buat kali kedua. Dia menuduh Alif yang menghasut semua tuan tanah itu.
Sebenarnya saya ada satu rancangan yang bernas. Saya mahu membuat estet padi.