Beluntung turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya selepas seharian hujan turun. Dia menemukan haiwan-haiwannya itu di pokok nangka yang rimbun.
Bawod?!Tuyog?!
Beluntung menunggang kerbaunya, Tuyog ditemani kambingnya, Bawod untuk ke sekolah. Dia akan menambat haiwan-haiwannya itu pada pohon kelapa.
Semasa waktu rehat, Bawod telah masuk ke dalam bilik darjah Beluntung. Beluntung menambat Bawod pada sebatang pohon.
Mmmmmmbbbbeeek. Mmmmmmmmbbbbbbeeeek!
Siapa membuang buku aku?
Rakan-rakan Beluntung sering mengejeknya kerana berbau kerbau. Kesabaran Beluntung tercabar apabila Basir membuang bukunya ke lantai. Pergaduhan kecil berlaku.
Aku!
Pada suatu hari, Beluntung menyertai pesta lumba kerbau. Dia memenangi perlumbaan itu dan mendapat hadiah sebanyak RM10. Dia membuat keputusan untuk membeli seekor kambing sebagai kawan Bawod.
PESTA LUMBA KERBAU PERINGKAT KAMPUNG LAYONG
Beluntung menangis kerana Bawod telah dijadikan lauk kenduri bagi meraikan kejayaannya dalam peperiksaan. Bapa Beluntung berasa kesal atas tindakannya yang tidak berbincang lebih dahulu.