Yang arif, saya sambung kembali soalan saya. Encik Bulat, setelah kulit pisang itu kamu buang ke dalam tong sampah, maka datanglah seekor kambing lalu makan sisa buangan di dalam tong sampah dengan rakusnya sehingga kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya.
Peguam Bela: Kebetulan pula nenek tua itu sedang berjoging di tempat kejadian dan terpijak kulit pisang lalu terjatuh. Maka yang bersalah di sini bukanlah Bulat, tetapi kambing yang bersalah dan perlu dihukum kerana Bulat Bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini.
Hakim: Dan atas kuasa yang ada pada saya, tuan kambing itu dicari sampai dapat. Jika tiada siapa yang mengaku, maka kambing itu menjadi milik pihak yang berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah itu dibaiki segara oleh pihak yang bertanggungjawab.
6. Kemudian, peguam bela berkata bahawa soalannya belum tamat lagi dan meminta untuk pendakwa raya tidak menganggunya. Hakim pula meminta pendakwa raya untuk bertenang dan kembali ke tempat duduk.
7. Pendakwa Raya bangun dan membantah bahawa pernyataan peguam bela tidak logik tetapi dia mendapat kad kuning oleh hakim. Peguam Bela menyambung hujahnya
8. Selepas mendengar pernyataan peguam bela, hakim sedang memikirkan hendak jatuhkan hukuman kepada siapa kerana Bulat Bin Leper tidak bersalah.