Sirajudin mendengar bunyi kambing yang mengebek dengan kuat semasa memberi makanan kepada kambing-kambing.Dia mencari punca bunyi tersebut dan terkejut apabila mendapati seekor ular sawa yang membelit anak kambing.Sirajudin berjaya menetak ular tersebut tetapi anak kambing mati.
Mengembala kambing merupakan pekerjaannya untuk menyara kehidupannya.
Maafkan saya kerana cuai semasa menjaga kambing Tuan Haji.
Sirajudin meminta Tuan Haji Abdullah bahawa tidak menerima sebarang upah semasa menjaga kambing Tuan Haji.Tuan Haji ketawa semasa mendengar permintaannya.Tuan Haji berasa tidak mengapa dan janji akan menaikkan upah Sirajudin pada budal hadapan.
Tidak mengapa, Sirajudin.Saya berbangga kerana mengenali orang yang jujur seperti kamu.
Sirajudi mengambil wang yang diberikan oleh Tuan Haji Abdullah tanpa mengiranya.Baginya,upah yang diberikan oleh tuannya sudah cukup untuk memenuhi keperluan dia dan ibunya.
Pada keesokan harinya, Sirajudin melakukan kerja dengan lebih tekun.Dia sangat gembira kerana Tuan Haji Abdullah masih memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menjaga kambing-kambing tersebut.