Unknown Story
Updated: 6/20/2020
Unknown Story
This storyboard was created with StoryboardThat.com

Storyboard Text

  • Semalam, keluarga saya menyambut hari lahir saya yang ke 13 di rumah. Mereka membeli hadiah, makanan ringan dan sebiji kek besar.
  • Mereka tidak memberitahu saya mengenai rancangan ini dan ingin memberi saya satu kejutan. Semasa saya membuat kerja rumah saya, mereka memberitahu saya mereka ingin berjumpa saya.
  • Saya menunggu kira-kira lima minit dan mula bertanya-tanya mengapa mereka mengambil masa yang lama. Saya memutuskan untuk turun ke bawah untuk memeriksanya.
  • Apabila saya turun, saya melihat bahawa tidak ada sesiapa yang berada di rumah. Saya mula panik dan memeriksa di seluruh rumah tetapi tidak ada tanda-tanda mereka.Saya berasa bimbang dan takut dan mula menangis. Tiba-tiba saya terdengar suara bunyi.
  • “Kejutan!”, “Selamat Hari Jadi, Gab!”Rupa-rupanya mereka sudah lama merancang untuk meraikan hari jadi saya.
  • Walaupun terkejut, saya berasa gembira dan bersyukur atas kasih sayang mereka dan menikmati majlis hari jadi saya.
Over 14 Million Storyboards Created
Storyboard That Family