assalammualaikum dan selamat sejahtera.Nama; saya siti amalina binti husaini No matrisk; K21SPL21F004SEMESTAR 1
ASAL USUL
Teng-teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki.Permainan ini juga dikenali sebagai ketinting.Permainan teng-teng ini juga dikenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terutama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding dari kanak-kanak lelaki.Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja,tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
GELANGGANG
Gelanggang teng-teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja.Terdapat pelbagai jenis beentuk gelanggan teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Dalam tugasan ini,kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.
GUNDU/BUAH
Selain daripada gelanggang, gundu adalahj juga sebagai perkakasan penting yang dimainkanbersama.Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesarrr separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Setiap pemain perlu ada gundu ini.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
UNDIAN
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
CARA BERMAIN
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang.