Bolehkan tuan berkongsi detik kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang membuat beca.
Sepanjang kedai ini dibuka, saya telah membuat lebih kurang 100 unit beca hasil daripada titik peluh saya sendiri.Saya sangat gembira beca buatan saya mendapat sambutan dan dijadikan bahan tarikan pelancong.
Sepanjang membuat beca, adakah ada beca yang unik dan istimewa yang pernah dibuat dan tak dapat dilupakan?
Saya pernah membuat beca untuk Sultan Johor, Sultan Selangor serta mendapat tempahan daripada orang luar negara. Beca buatan saya juga ditempah untuk dijadikan reka bentuk dan hiasan di restoran dan banyak lagi.
SCENE 4KEMAHIRAN LEGASI DAN MEWARISKAN
Adakah tuan merancang untuk menyampaikan kemahiran dan pengetahuan pembuatan beca kepada generasi akan datang?
Mungkin perniagaan ini hanya dapat bertahan dalam masa 3 tahun lagi kerana saya akan pencen daripada membuat beca atas faktor usia dan kesihatan. Generasi akan datang semestinya tidak berminat untuk menyambung legasi ini