Islam merupakan sumber nilai dan etika dalam segala aspek kehidupan manusia secara menyeluruh, termasuk etika dalam berekonomi. Dalam Ekonomi Islam, etika merupakan elemen yang amat dititikberatkan. Namun begitu, elemen etika kian pudar dalam kalangan sesetengah usahawan Islam kini kerana mereka lebih mendambakan harta duniawi tanpa menghiraukan kandungan nilai dan etika dalam cara-cara mendapatkannya seperti yang diserukan oleh Rasulullah, terutama sekali dalam kegiatan mempromosikan produk dan perkhidmatan perusahaan mereka.
PENDAHULUAN
MALAYSIA, 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada sektor ekonomi negara kita. Berikutan daripada pandemik ini, pelbagai sektor terpaksa menanggung kerugian, malah ada yang sampai terpaksa gulung tikar kerana pendapatan adalah negatif. Justeru, marilah kita jaga sesama kita. Sekian, berita hari ini. #kitajagakita.
BERITA PANAS MELETOP KAWKAW
FARAH (PEGAWAI PEMASARAN)
BILIK CEO ANGGUN BEAUTY
Baiklah Puan Anis! Saya akan pastikan produk kecantikan yang bakal dilancarkan ini mendapat sambutan yang hangat. Dapatan yang saya perolehi setelah melihat trend terkini disebabkan oleh COVID-19, majoriti kaum wanita tidak menggunakan produk kecantikan ketika memakai pelitup muka tapi Puan Anis jangan risau, saya akan merangka satu alternatif untuk mempromosikan produk kita supaya syarikat kita tidak rugi.
Cik Farah, syarikat kita bakal melancarkan produk kecantikan yang baru nanti tapi saya risaulah sebab COVID-19 kita takkan mendapat sambutan yang hangat dan akan mengalami kerugian. Saya nak awak cari satu alternatif untuk memastikan produk kita dijual dengan laris. Cik Farah, saya bagi awak 2 hari untuk fikirkan caranya.
CEO ANIS ZULAIKHA BT IKHWAN
FARAH (PEGAWAI PEMASARAN)
BILIK CEO ANGGUN BEAUTY(2 HARI KEMUDIAN)
Tugasan yang Puan Anis berikan tempoh hari, telah saya fikirkan dan akan bentangkan kepada puan. Idea saya adalah untuk menggunakan model wanita yang terkenal untuk mempromosikan produk kita. Zaman sekarang mereka digelar Influencer. Saya ada beberapa cadangan, namun, saya perlukan padangan daripada puan.
Cik Farah, boleh saya tahu perkembangan berkaitan dengan tugas yang saya berikan kepada awak tempoh hari?
Menarik idea awak. Dengan menggunakan Influencer yang terkenal, kita dapat menarik minat wanita yang ingin kelihatan cantik dan anggun di luar sana dengan membeli Anggun Beauty
CEO ANIS ZULAIKHA BT IKHWAN
BILIK CEO ANGGUN BEAUTY(2 HARI KEMUDIAN)
Di sini saya ada 2 cadangan Influencer yang boleh mengangkat produk baharu Anggun Beauty. Kedua-dua mereka mempunyai pengikut seramai 3 juta di media sosial. Saya yakin, sekiranya produk kita dipromosikan oleh mereka, Anggun Beauty bakal menjadi kegilaan ramai. Justeru, pilihan di tangan Puan Anis. Model A atau Model B?
MODEL A
MODEL B
Over 30 Million Storyboards Created
No Downloads, No Credit Card, and No Login Needed to Try!