Storyboard Description
Kisah ini menceritakan seorang pelajar yang bernama Fad yang merupakan penuntut di sebuah Universiti awam telah mendapat arahan daripada kerajaan untuk penutupan semua kolej akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin merebak di seluruh negara. Fad telah mengambil keputusan untuk segera pulang ke kampung dan berjumpa dengan keluarga. Apa yang mencurigaakan adalah Fad sering diperhatikan oleh sosok aneh yang sentiasa memerhatikkan setiap gerak -geri Fad di dalam rumah mahupun di luar rumahnya. Tindakan itu telah dicurigai oleh Fad sendiri tetapi Fad hanya bertindak menghiraukan sosok aneh itu dan hanya meneruskan aktiviti harianya di dalam rumah.
Di akhir cerita ini, Fad telah mengetahui bahawa sosok aneh yang selalu mendekatinya di rumah itu adalah sosok Coronavirus yang sering mendekati Fad setiap kali Fad tidak melakukan langkah pencegahan wabak yang rapi dan teratur. Sosok aneh itu mewakili sebagai Coronavirus yang sering menghampiri Fad jika Fad tidak menjaga kebersihan diri yang rapi. Setelah Fsd telah mengamalkan norma baru dengan sering mengamalkan langkah mencegah wabak itu menular, sosok aneh itu tidak lagi mengikutinya dan Fad sangat tenang dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa ada pengganggu yang aneh yang sering memerhatinya setiap saat. Dalam Video ini secara ringkas menerangkan bahawa kita perlu mengamalkan norma kehidupan baru sewaktu wabak ini semakin hebat menyerang di dalam negara kita. Kita perlulah mengamalkan kebersihan diri dan perlu mengikut langkah SOP yang rapi yang telah ditetapkan oleh Pihak KKM dan juga kerajaan dan bersama-sama memutuskan rangkaian wabak Covid -19 ini.